Haruki Murakami dalam Kesusasteraan Melayu

HARUKI MURAKAMI DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

ISBN 978-629-486-183-1

MYR28.00

 

 

Book Details

Author/Editor: Mawar Safei

Pages: 145

Year of Publication: 2024

Description:

Buku Haruki Murakami dalam Kesusasteraan Melayu mempertemukan dua wajah wilayah persuratan, iaitu Melayu dan Jepun. Lebih awal sastera Melayu meraikan tulisan Yasunari Kawabata, Kenzaburo Oe atau Matsuo Bashao, dan mutakhir ini ditemukan nama Haruki Murakami. Lima bab pertama buku ini merupakan tulisan yang bersifat kritikan terhadap kehadiran Haruki Murakami dalam gubahan karya penulis tempatan seperti Roslan Jomel, Juri Durabi, Zainal Rashid Ahmad dan Anwar Ridhwan. Sementara belahan keduanya menghimpunkan catatan pengakuan beberapa penulis, iaitu Lokman Hakim, Roslan Jomel, Ruhaini Matdarin, Rebecca Ilham dan Jasni Matlani, berkenaan dampak kepengarangan Haruki Murakami. Mereka bercakap tentang titik perkenalan dengan Haruki Murakami, membaca karyanya dan bagaimana hasil tulisan mereka menerima pantulan daripada novel atau cerpen, malah biografi sasterawan-pelari ini. Himpunan catatan berkenaan turut memperkatakan proses kreatif para penulis yang ditumpukan ini secara tidak langsung. Ia sangat membantu calon penulis untuk mempelajari kaedah membangunkan plot, watak, latar dan gaya pengucapan yang lebih eksperimental. Pada masa yang sama, mereka dapat belajar untuk melanggar banyak sempadan naratif dan garis geografi seperti Haruki Murakami. Karya Haruki Murakami melapangkan bukaan jendela tentang jiwa manusia kontemporari yang gelisah dengan kesendengan terhadap keterasingan sosial yang didepani setiap hari khasnya dalam pusaran golongan marginal. Khalayak lebih dimengertikan perihal keriuhan pembangunan materi yang sering meninggalkan jauh di belakang nilai-nilai manusiawi. Begitu semuanya diungkap menerusi tulisan yang mempamerkan susuk Haruki Murakami dalam kesusasteraan Melayu.

The book of Haruki Murakami in Malay Literature brings together two literary traditions, Malay and Japanese. Long before the name Haruki Murakami emerged in local discourse, Malay literature had already embraced the works of Yasunari Kawabata, Kenzaburo Oe or Matsuo Basho. The first five chapters of this book present critical discussions on Murakami’s influence, particularly in the works of local writers such as Roslan Jomel, Juri Durabi, Zainal Rashid Ahmad and Anwar Ridhwan. The second part compiles confessional writings by Lokman Hakim, Roslan Jomel, Ruhaini Matdarin, Rebecca Ilham and Jasni Matlani, exploring Murakami’s impact on their craft. They share their first encounters with his works, their reading experiences, and how his novels and short stories, as well as his literary persona, have shaped their own writing. These reflections also offer insight into the creative process, indirectly guiding aspiring writers on plot development, characterisation, setting and experimental narrative techniques. At the same time, they illustrate how Murakami’s influence encourages writers to push the boundaries of storytelling and transcend geographical constraints. His works open a window into the restlessness of contemporary human existence, particularly the struggles of social alienation faced in everyday life, especially among the marginalised. Readers gain a deeper understanding of how rapid material progress often comes at the cost of fundamental human values. All of these ideas are woven together in a collection of writings that present the figure of Haruki Murakami within the landscape of Malay literature.

BISAC Subject Code(s): LAN005050, LCO004000

Prelims

Category: Literature