Ikhtilat dan Implikasinya ke atas Kesejahteraan Keluarga
IKHTILAT DAN IMPLIKASINYA KE ATAS KESEJAHTERAAN KELUARGA
ISBN 978-629-486-184-8
MYR29.00
Book Details
Author/Editor: Nurul Ain Mazelan & Najah Nadiah Amran
Pages: 136
Year of Publication: 2024
Description:
Sungguhpun para ulama dan sarjana telah membahaskan mengenai hukum pergaulan bebas dalam Islam, terdapat kekhuatiran dalam kehidupan berkeluarga masa kini kerana isu tersebut juga berlaku dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin. Kesejahteraan keluarga menjadi tergugat dengan kes-kes tangkapan khalwat pasangan yang telah berkahwin dan peningkatan angka perceraian yang disebabkan orang ketiga. Terdapat argumen yang mendakwa bahawa antara punca keretakan institusi keluarga hari ini berkait rapat dengan masalah ikhtilat pasangan suami atau isteri yang memandang enteng aspek pergaulan tanpa mengikut panduan dari ajaran agama Islam. Buku ini menjadi dalam asas dalam memahami konsep ikhtilat, kesan dan ancamannya ke atas keluarga. Turut disentuh dalam buku ini berkaitan konsep dan usaha-usaha dalam memperkukuhkan kesejahteraan institusi keluarga.
Although scholars and Islamic jurists have discussed the rulings on unrestricted social interactions in Islam, concerns remain in modern family life as the issue also affects married individuals. Family well-being is at risk due to cases of khalwat involving married couples and the increasing divorce rate caused by third parties. Some argue that one of the main factors contributing to the deterioration of the family institution today is closely related to the issue of ikhtilat, where husbands or wives take social interactions lightly without following the guidelines of Islamic teachings. This book serves as a foundation for understanding the concept of ikhtilat, its effects, and the threats it poses to families. It also discusses various concepts and efforts aimed at strengthening the well-being of the family institution.
BISAC Subject Code(s): FAM052000
Category: Religion





