Metodologi Rawatan Islam terhadap Kerasukan Jin
METODOLOGI RAWATAN ISLAM TERHADAP KERASUKAN JIN
ISBN 978-629-486-238-8
MYR28.00
Book Details
Author/Editor: Hamidi Abdul Rahman & Zaharom Ridzwan
Pages: 134
Year of Publication: 2024
Description:
Rawatan kerasukan jin adalah satu kaedah rawatan di bawah Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK). Kerasukan jin sering dipertikaikan sebagai kes-kes kecelaruan mental kerana pertindihan simptom. Kerasukan jin boleh didiagnos melalui reaksi negatif dari ruqyah dengan menggunakan simptom sebagaimana diagnosis kecelaruan mental dilakukan. Dalam buku ini sebanyak 34 simptom telah dikenal pasti oleh tokoh tersohor iaitu Tuan Guru Haron Din dan Sheikh Wahid Abdussalam Bali. Buku ini mengupas secara mendalam tentang rawatan Islam terhadap kerasukan jin berdasarkan kajian dan pengalaman penulis dalam bidang ini. Dalam masa yang sama membawa pembaca menelusuri pelbagai metodologi rawatan yang berlandaskan ajaran Islam, dilengkapi oleh ayat-ayat suci al-Qur’an dan al-Hadith. Buku ini juga memuatkan pelbagai kes nyata yang telah dirawat, sekaligus memberikan pembaca pemahaman yang jelas tentang simptom, penyebab dan cara mengatasi kerasukan jin secara efektif. Kombinasi maklumat perubatan tradisional dan perubatan Islam menjadikan buku ini sesuai dan wajar dijadikan rujukan oleh pengamal perubatan khususnya dan masyarakat awam amnya. Justeru, buku ini wajar dijadikan panduan oleh sesiapa sahaja yang ingin memahami dan menangani kerasukan jin menurut perspektif Islam.
The treatment of jinn possession is a method under Traditional and Complementary Medicine (TCM). Jinn possession is often disputed as cases of mental disorders due to overlapping symptoms. It can be diagnosed through negative reactions to ruqyah, using symptoms in the same way mental disorders are diagnosed. In this book, 34 symptoms have been identified by renowned figures such as Tuan Guru Haron Din and Sheikh Wahid Abdussalam Bali. This book delves deeply into Islamic treatment for jinn possession based on the author’s research and experience in this field while guiding readers through various treatment methodologies founded on Islamic teachings, supported by verses from the Qur’an and Hadith. It also presents various real cases that have been treated, providing readers with a clear understanding of the symptoms, causes, and ways to effectively overcome jinn possession. The combination of traditional medicine and Islamic medicine makes this book suitable and valuable as a reference for medical practitioners in particular and the general public in general. Therefore, this book should serve as a guide for anyone seeking to understand and address jinn possession from an Islamic perspective.
BISAC Subject Code(s): SEL032000
Category: Religion





