Faktor Kemalangan Pekerjaan dalam Industri Pembinaan Rel Mass Rapid Transit (MRT) di Malaysia
FAKTOR KEMALANGAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN REL MASS RAPID TRANSIT (MRT) DI MALAYSIA
ISBN 978-629-486-226-5
MYR45.00
Book Details
Author/Editor: Mohammad Lui Juhari, Kadir Arifin & Kadaruddin Aiyub
Pages: 238
Year of Publication: 2024
Description:
Kemalangan pekerjaan di industri pembinaan rel dipengaruhi oleh lima faktor iaitu pekerja, tempat kerja, bahan dan peralatan, organisasi dan pengaruh persekitaran. Faktor pekerja merupakan penyumbang kemalangan pekerjaan paling signifikan di dalam industri pembinaan. Faktor tempat kerja juga dikaitkan dengan penyumbang kemalangan di dalam industri pembinaan. Ini adalah kerana tempat kerja di industri pembinaan adalah dinamik, berubah-ubah dan mempunyai banyak hazard dan risiko semasa proses kerja pembinaannya. Faktor bahan dan peralatan juga merupakan penyumbang kemalangan dalam industri pembinaan. Faktor organisasi pula merupakan perkara yang perlu diberi perhatian kerana didapati bahawa 70% daripada kemalangan pekerjaan boleh dielakkan dari awal melalui langkah proaktif yang dapat diambil oleh pihak pengurusan. Selain itu, faktor pengaruh persekitaran boleh dibahagikan kepada tiga aspek yang utama: pengaruh politik dan perundangan; pengaruh sosial; dan situasi pasaran. Buku ini bertujuan untuk mengenal pasti senario industri pembinaan secara umum dan pembinaan rel MRT secara khusus di Malaysia; menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan rel MRT; menilai kesan kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan rel MRT serta pelaksanaan dan persepsi pekerja pembinaan terhadap amalan intervensi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam industri pembinaan rel MRT. Pada akhirnya, buku ini mempunyai satu matlamat utama iaitu membentuk satu model amalan intervensi KKP berdasarkan faktor penyumbang kepada kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan MRT.
Workplace accidents in the railway construction industry are influenced by five factors: workers, workplace, materials and equipment, organisation and environmental influence. The worker factor is the most significant contributor to workplace accidents in the construction industry. The workplace factor is also linked to accidents in the construction industry as construction sites are dynamic, constantly changing and have many hazards and risks during the construction process. The materials and equipment factor is also a contributor to accidents in the construction industry. The organisational factor is another important aspect as it has been found that 70% of workplace accidents can be prevented early through proactive measures taken by management. Additionally, the environmental influence factor can be divided into three main aspects: political and legal influence, social influence and market situation. This book aims to identify the general scenario of the construction industry and specifically MRT railway construction in Malaysia, analyse the contributing factors to workplace accidents in MRT railway construction, assess the impact of workplace accidents in MRT railway construction as well as the implementation and perception of construction workers towards occupational safety and health (OSH) intervention practices in MRT railway construction. Ultimately, this book has one main objective, which is to develop a model of OSH intervention practices based on the contributing factors to workplace accidents in MRT railway construction.
BISAC Subject Code(s): TEC005000
Category: Safety & health





