Pengurusan Ekonomi Rasulullah Saw di Madinah

PENGURUSAN EKONOMI RASULULLAH SAW DI MADINAH

ISBN 978-629-486-178-7

MYR40.00

 

Book Details 

Author/Editor: Kamal Faezi Mahzir & Ermy Azziaty Rozali

Pages: 133

Year of Publication: 2024

Description: 

Buku ini menjelaskan berkaitan berkaitan dengan pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah merupakan zaman permulaan kerajaan Islam yang menjadi tanda aras dan rujukan penting kepada pemerintah hari ini. Penelitian aspek pengurusan ekonomi oleh Baginda di Madinah pula dikaji bagi meneliti agihan kekayaan berteraskan syariat Islam yang adil dan saksama. Tulisan ini juga meneliti agihan kekayaan dalam Islam yang adil dan saksama untuk kepentingan masyarakat, meneliti agihan kekayaan yang berjaya pada zaman Rasulullah SAW serta menganalisis prinsip dan model tadbir urus Baginda dalam aspek pengurusan ekonomi untuk diaplikasikan pada masa kini. Karya ini penting untuk diketengahkan kerana ia juga menyentuh isu penting dalam tadbir urus negara, mendorong kepada kestabilan ekonomi dan memupuk keharmonian dalam masyarakat. Pengurusan ekonomi Rasulullah SAW di Madinah ini memfokuskan kepada pentadbiran zaman Rasulullah SAW di Madinah dengan menggarap pelbagai isu dalam ekonomi dan agihan kekayaan seperti dan teori dan metod pelaksanaan yang dibincangkan oleh para cendekiawan. Penelitian juga  untuk melihat mengenai sumber-sumber ekonomi di Madinah dan pengurusan agihan kekayaan yang dilakukan oleh Baginda bagi mencapai matlamat agihan kekayaan yang adil dan saksama. Secara tuntasnya, pentadbiran Rasulullah SAW di Madinah yang memaksimum pengurusan sumber, keadilan pengagihan kekayaan serta menjaga kemaslahatan masyarakat. Tata kelola yang didukung oleh Baginda sewajarnya dijadikan model oleh pemimpin masa kini dengan meneliti proses dan  tindakan Baginda dalam memperkukuh sistem ekonomi di Madinah pada ketika itu.

This book delves into the governance of Prophet Muhammad (SAW) in Madinah, which marked the beginning of the Islamic state and serves as a significant benchmark and reference for today’s leaders. The study examines the economic management by the Prophet in Madinah, focusing on the distribution of wealth based on the principles of justice and equity in Islamic law. The writing also explores the fair and just distribution of wealth in Islam for the benefit of society, analyses the successful wealth distribution during the time of the Prophet, and evaluates the principles and governance models he employed in economic management for application in contemporary times. This work is crucial as it addresses critical issues in national governance, promotes economic stability, and fosters societal harmony. The economic management of Prophet Muhammad (SAW) in Madinah focuses on his administration, addressing various economic and wealth distribution issues, as well as the theories and implementation methods discussed by scholars. The study also examines the economic resources in Madinah and the wealth distribution management carried out by the Prophet to achieve the goal of fair and equitable wealth distribution. In essence, the governance of Prophet Muhammad (SAW) in Madinah maximised resource management, ensured justice in wealth distribution and safeguarded the welfare of the community. The governance model upheld by the Prophet should serve as a guide for today’s leaders by studying the processes and actions he took to strengthen the economic system in Madinah at that time.

Prelims

BISAC Subject Code(s): REL037010

Category: Religion 

Category: Brand: ,