Kerangka Pedagogi Digital: Ke Arah Pendidikan Kalis Masa Depan

KERANGKA PEDAGOGI DIGITAL: KE ARAH PENDIDIKAN KALIS MASA DEPAN

ISBN 978-629-486-174-9

MYR25.00

 

 

Book Details

Author/Editor: Norazah Mohd Nordin

Pages: 114

Year of Publication: 2024

Description:

Perkembangan dalam bidang pendidikan dalam era Revolusi Industri keempat (4IR) telah membawa lonjakan besar dalam pendidikan digital. Kemajuan dalam bidang teknologi menawarkan kemampuan pendidikan yang mustahil sebelum ini, di mana persilangan teknologi dalam dunia fizikal, digital dan biologikal membawa masa depan pembelajaran di luar imaginasi. Perkembangan teknologi digital dalam pendidikan telah bergerak pantas tanpa sempadan. Dalam keadaan ini, para pendidik perlu inovatif dan dinamik meneraju kemahiran teknologi digital agar kekal relevan untuk mendidik generasi baharu. Pendidik perlu kekal relevan bagi mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi menghadapi pekerjaan yang memuncul. Justeru, reka bentuk pedagogi digital kalis masa depan telah dibangunkan sebagai satu mekanisme utama yang memastikan reka bentuk pembelajaran yang sentiasa relevan pada masa depan. Kerangka pedagogi digital kalis masa depan ini direka bentuk dengan mengintegrasikan teknologi digital dalam proses pembelajaran dan pengajaran, di mana perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan, pemprosesan data raya, realiti maya dan realiti terimbuh serta komputasi awan merupakan unsur utama. Dalam konteks ini, dunia pendidikan perlu disesuaikan dengan perubahan sedemikian dan memanfaatkan potensi teknologi ini untuk meningkatkan keberkesanan dan kompetensi pelajar dalam pembelajaran. Kerangka pedagogi digital kalis masa depan yang melibatkan reka bentuk pedagogi, ruang pembelajaran, dan teknologi masa depan adalah faktor utama yang memainkan peranan terhadap transformasi ini. Dalam era 4IR, penilaian terhadap pelajar tidak hanya melalui penunjuk prestasi kognitif semasa seperti literasi asas dan numerasi, malah mereka juga dinilai pada set kemahiran kognitif, sosial, emosi dan teknologi yang lebih tinggi yang diperlukan untuk masa depan. Bagi mempersiapkan diri dengan inovasi pedagogi digital kalis masa depan, para pendidik perlu memiliki pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam pemikiran analitik, pemikiran kreatif serta ketahanan, keluwesan dan ketangkasan dalam melakukan sesuatu. Selain itu, dalam proses membangunkan pedagogi digital kalis masa depan, pendidik perlu sentiasa bermotivasi dan mempunyai kesedaran kendiri, sentiasa mempunyai rasa ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Pendidik perlu sentiasa mempertingkatkan literasi teknologi dalam bidang masing-masing, memiliki kemahiran kepimpinan yang mantap dan mementingkan penelitian dalam membangunkan pedagogi. Semua aspek yang diterangkan telah diserlahkan dalam Kerangka Pedagogi Digital Kalis Masa Depan yang dicadangkan dalam buku ini.

 

The rapid advancement of education in the Fourth Industrial Revolution (4IR) has driven a transformative leap in digital learning. Progress in technology offers educational capabilities that were previously unimaginable, where the convergence of technology in the physical, digital, and biological worlds brings a future of learning beyond imagination. The development of digital technology in education has progressed rapidly without boundaries. As digital education evolves without boundaries, educators must remain innovative and dynamic, continuously developing digital skills to stay relevant in preparing the next generation for emerging job markets. Therefore, a future-proof digital pedagogy design has been developed as a key mechanism to ensure that learning designs remain relevant. This framework integrates cutting-edge technologies—such as artificial intelligence, big data processing, virtual reality, augmented reality, and cloud computing—into teaching and learning processes. In this context, the education world must adapt to such changes and leverage the potential of these technologies to enhance student effectiveness and competence in learning. The future-proof digital pedagogy framework, involving pedagogical design, learning spaces, and future technologies, is a primary factor driving this transformation. In the 4IR era, student assessment extends beyond traditional cognitive indicators like basic literacy and numeracy, emphasising higher-order cognitive, social, emotional, and technological skills essential for the future workforce. To prepare for future-proof digital pedagogy innovations, educators need to possess various skills such as analytical thinking, creative thinking, resilience, adaptability, and agility in execution. Additionally, in developing future-proof digital pedagogy, educators must remain motivated and self-aware, always curious, and practice lifelong learning. Educators must continuously enhance technological literacy in their respective fields, possess strong leadership skills, and prioritise research in developing pedagogy. All these aspects are highlighted in the Future-Proof Digital Pedagogy Framework proposed in this book.

 

BISAC Subject Code(s): EDU039000

Prelims

Category: Education