Modal Intelek dan Kos Modal Ekuiti: Ke Arah Kelestarian Firma
MODAL INTELEK DAN KOS MODAL EKUITI: KE ARAH KELESTARIAN FIRMA
ISBN 978-629-486-379-8
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Mohamat Sabri Hassan, Noradiva Hamzah, Aida Mohd Rashid & Siti Mariam Mansor
Pages: 126
Year of Publication: 2024
Description:
Buku ini diterbitkan sebagai satu usaha untuk memberikan gambaran mengenai kesan pendedahan modal intelek dalam laporan integrasi ke atas kos modal ekuiti dalam kalangan 108 firma antarabangsa. Buku ini juga memberi hujah peranan pendedahan ini dalam memacu kelestarian firma. Pelaporan integrasi membantu firma untuk memahami dengan lebih baik cara untuk menangani cabaran semasa dan masa depan serta cara untuk menggunakan kos modal ekuiti dalam usaha untuk mencipta nilai bagi jangka panjang firma. Disamping itu ia juga membantu firma dan pihak berkepentingan lain, contohnya pelabur, untuk membuat penilaian dan keputusan yang lebih baik dengan memberikan pemegang taruh maklumat seperti strategi, tadbir urus dan model perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih berkesan. Laporan integrasi yang direka dengan baik dan berkualiti membolehkan pihak berkepentingan mengenal pasti cara organisasi mencipta nilai yang lebih luas melangkaui kewangan semata-mata dan memberi mereka pemahaman yang lebih mendalam tentang cara organisasi beroperasi.
This book is published to provide an overview of the impact of intellectual capital disclosure in integrated reporting on the cost of equity capital among 108 international firms. It also argues the role of such disclosure in driving firm sustainability. Integrated reporting helps firms better understand how to address current and future challenges and utilise the cost of equity capital to create long-term value for the firm. Additionally, it assists firms and other stakeholders, such as investors, promising better assessments and decisions by providing them with information on strategy, governance, and business models to make more effective decisions. Well-designed and high-quality integrated reports enable stakeholders to identify how organisations create broader value beyond just financial metrics and give them a deeper understanding of how organisations operate.
BISAC Subject Code(s): BUS098000
Category: Business





