Fenomena Belia Kembang Lewat di Malaysia

FENOMENA BELIA KEMBANG LEWAT DI MALAYSIA

ISBN 978-629-486-273-9

MYR40.00

 

Book Details 

Author/Editor: Nor Azrul Mohd Zin, Noordeyana Tambi & Jamiah Manap

Pages: 159

Year of Publication: 2024

Description: 

Fenomena kembang lewat dalam pendidikan bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Umumnya, setiap individu mengimpikan pendidikan yang sempurna bagi mencipta masa hadapan yang lebih baik. Namun begitu, tidak semua diantara kita berpeluang untuk mencipta kejayaan dalam pendidikan pada usia yang ideal seperti yang diimpikan. Bagi mereka yang menjalani fasa pendidikan pada lewat usia, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali tahap motivasi mereka diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Kualiti pendidikan yang terbaik dan daya tahan terhadap kelangsungan untuk terus berada dalam sistem pendidikan sehingga tamat pengajian bagaikan ‘telur berada di hujung tanduk’. Sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak memainkan peranan penting agar permata negara ini terus cekal menempuhi episod baharu setiap hari. Oleh yang demikian, penerokaan kisah golongan kembang lewat ini akan memberi inspirasi kepada setiap individu untuk bersama membangun dan melahirkan generasi muda yang terbilang buat Malaysia tercinta.

The phenomenon of late bloomers education is no longer unfamiliar in Malaysian society. Generally, everyone aspires to receive a quality education to secure a better future. However, not everyone has the opportunity to achieve academic success at the ideal age. For those who pursue education later in life, the journey is not easy, as their motivation is often tested by various challenges. The pursuit of quality education and the perseverance to remain in the education system until completion can be as precarious as an egg at the edge of a cliff. Support and encouragement from various parties play a crucial role in ensuring these individuals remain steadfast in their educational journey. Therefore, exploring the experiences of those in delayed education can serve as an inspiration for all, fostering a collective effort to develop and nurture an outstanding younger generation for our beloved Malaysia.

Prelims

BISAC Subject Code(s): BUS112000

Category: Sociology