Rangsangan Kognitif Kanak-Kanak Lambat Bertutur dan Berbahasa: Reka Bentuk Permainan Serius Terapeutik
RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR DAN BERBAHASA:
REKA BENTUK PERMAINAN SERIUS TERAPEUTIK
ISBN 978-629-486-086-5
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Nadia Akma Ahmad Zaki, Tengku Siti Meriam Tengku Wook & Kartini Ahmad
Pages: 170
Year of Publication: 2024
Description:
Rangsangan kognitif merupakan antara jenis intervensi berfokus kognisi yang sering digunakan melalui penggunaan permainan serius dalam konteks terapi atau juga dikenali sebagai permainan serius terapeutik. Tujuan permainan serius terapeutik digunakan adalah untuk menyembuh, mengurang, atau memulih keadaan kesihatan tertentu serta menyasarkan pengguna yang terdiri daripada orang tua, dewasa, dan kanak-kanak. Bagi pengguna kanak-kanak, terdapat di kalangan mereka yang berhadapan dengan masalah lambat bertutur dan berbahasa. Kanak-kanak lambat bertutur dan berbahasa (KKLBB) turut didapati mengalami kelewatan perkembangan kognitif. Oleh itu KKLBB disaran untuk menjalani rawatan pemulihan dan terapi seawal mungkin yang memfokus kepada bahasa dan juga kognitif bagi memulihkan mereka. Permainan serius didapati sesuai digunakan sebagai alat alternatif terapi untuk merangsang dan mendorong meningkatkan keupayaan kognitif KKLBB. Justeru, bagi menghasilkan permainan serius yang berguna serta boleh digunakan sebagai alternatif terapi untuk merangsang kognitif KKLBB, buku ini akan memberi penekanan terhadap reka bentuk permainan serius terapeutik yang dapat memenuhi keperluan aspek kognitif mereka. Penghasilan reka bentuk permainan serius yang mencapai matlamat kebolehgunaan dapat membantu merangsang kognitif KKLBB, seterusnya memberi kesan positif terhadap penggunaannya untuk tujuan terapeutik.
Cognitive stimulation is one of the types of cognition-focused interventions often implemented through serious games in therapeutic contexts, also known as therapeutic serious games. The purpose of therapeutic serious games is to heal, reduce, or rehabilitate specific health conditions, catering to users across different age groups, including children, adults, and senior citizens. Among child users, some face issues with delayed speech and language development. Children with delayed speech and language development (CSDLD) are also found to experience cognitive developmental delays. Therefore, CSDLD is recommended to undergo rehabilitation and therapy as early as possible, focusing on both language and cognitive aspects to aid their recovery. Serious games are suitable as an alternative therapeutic tool to stimulate and enhance the cognitive abilities of CSDLD. Hence, to produce useful serious games that can serve as an alternative therapy for stimulating the cognitive skills of CSDLD, this book will emphasise the design of therapeutic serious games that meet their cognitive needs. By ensuring usability and effectiveness, well-designed serious games can serve as a valuable intervention, helping to stimulate cognitive abilities and support the therapeutic process.
BISAC Subject Code(s): LAN018000, HEA035000
Category: Health





