Pengurusan dan Kelestarian Warisan Semula Jadi di Alam Melayu
PENGURUSAN DAN KELESTARIAN WARISAN SEMULA JADI DI ALAM MELAYU
eISBN 978-629-486-297-5
MYR24.50
Book Details
Author/Editor: Razanah Ramya & Muhamad Shafiq Mohd Ali
Pages: 227
Year of Publication: 2024
Description:
Perubahan dan tekanan yang berlaku terhadap ekologi dan habitat manusia memberi kesan bukan sahaja kepada pertumbuhan dan perkembangan habitat manusia malahan boleh mengancam kelestarian ekologi dan kualiti hidup yang memerlukan pendekatan multidisplin dan transdisiplin. Oleh yang demikian, buku ini menyingkap kajian berkenaan pengurusan dan kelestarian warisan semula jadi di alam Melayu terutamanya di Malaysia dan Indonesia yang selama ini tidak pernah ditulis bersama-sama. Penulisan dalam buku ini mencerakinkan penelitian pada hubungan rentas sempadan alam Melayu serta mengetengahkan isu dan cabaran semasa mengenai habitat semula jadi, habitat manusia dan perubahan persekitaran yang merangkumi pelbagai aspek multidisplin seperti kemapanan ekologi dan perubahan persekitaran, habitat manusia dan impak terhadap persekitaran, impak pencemaran terhadap ekologi dan habitat manusia, perubahan persekitaran dan pelancongan serta warisan, malah diperluas kepada bidang etnobotani, petunjuk ekologi dan perikanan serta alam semula jadi.
Changes and pressures on ecology and human habitats not only affect the growth and development of human settlements but can also threaten ecological sustainability and quality of life, necessitating a multidisciplinary and transdisciplinary approach. Therefore, this book explores research on the management and sustainability of natural heritage in the Malay Archipelago, particularly in Malaysia and Indonesia, which has never before been documented together. The writing in this book deconstructs cross-border relationships within the Malay Archipelago and highlights current issues and challenges related to natural habitats, human habitats, and environmental changes. It encompasses various multidisciplinary aspects such as ecological sustainability and environmental changes, human habitats and their impact on the environment, the effects of pollution on ecology and human habitats, environmental changes and tourism, as well as heritage. Additionally, it extends to fields such as ethnobotany, ecological indicators, fisheries, and the natural environment.
BISAC Subject Code(s): NAT011000
Category: Sustainability



