Lakuan Bahasa dalam Komunikasi Kumpulan Kecil

LAKUAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL

MYR35.00

ISBN 978-629-486-314-9

 

Book Details

Author/Editor: Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, Maslida Yusof & Karim Harun

Pages: 215

Year of Publication: 2024

 

Description:

Perbincangan atau komunikasi secara berkumpulan boleh melibatkan jumlah ahli yang ramai atau sedikit. Bagi komunikasi berkumpulan dengan bilangan ahli yang sedikit akan dipanggil sebagai kumpulan kecil. Kumpulan kecil adalah sekumpulan individu yang berkongsi objektif perbincangan yang sama dan berinteraksi antara satu sama lain secara langsung atau tidak. Oleh itu, semua ahli kumpulan perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan bagi memastikan kumpulannya berfungsi dan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati. Sebuah perbincangan berkumpulan menggunakan bahasa sebagai medium untuk berinteraksi antara satu sama lain. Setiap ahli kumpulan perlu berusaha untuk berkomunikasi dengan bahasa yang mudah difahami dan jelas agar ujaran yang disampaikan berkesan. Penggunaan bahasa perlu diberikan perhatian dalam perbincangan berkumpulan untuk melihat bentuk bahasa yang digunakan serta kesannya. Lakuan bahasa ialah salah satu strategi bahasa yang mempunyai peranan dalam sebuah perbincangan kumpulan kecil. Buku ini membincangkan bentuk dan fungsi lakuan bahasa dalam komunikasi kumpulan kecil. Setiap bentuk lakuan bahasa yang diujarkan dalam kalangan ahli atau ketua kumpulan mempunyai fungsi yang tersendiri. Lakuan bahasa konstatif dapat membantu ahli kumpulan kecil untuk menegaskan, memaklumkan, menerangkan, dan mencadangkan. Sementara itu, lakuan bahasa direktif didapati lebih sesuai dan dominan diujarkan oleh ketua kumpulan bagi menyampaikan arahan agar berlakunya tindakan oleh ahli-ahli kumpulan yang lain. Kejayaan dan kegagalan perbincangan kumpulan kecil adalah dilihat kepada tercapai atau pun tidak objektif perbincangan dan kepatuhan masa perbincangan. Justeru itu, sebagai ahli kumpulan kecil, perlu mempertimbangkan segala aspek yang mempengaruhi kesan kepada perbincangan kumpulan kecil termasuk aspek bahasa. Buku ini sangat sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh pelajar, pendidik, penyelidik bahasa, pengguna dan peminat bahasa.

 

BISAC Subject Code(s): LAN026000

Prelims

Category: Language

Category: Brand: ,