Pendaratan Payung Terjun Aplikasi Sains untuk Tentera Malaysia dan Amatur

PENDARATAN PAYUNG TERJUN APLIKASI SAINS UNTUK TENTERA MALAYSIA DAN AMATUR

ISBN 978-629-486-200-5

MYR35.00

 

Book Details 

Author/Editor: Noor Syazwana Abd Aziz, Gan Kok Beng & Azmin Sham Rambely

Pages: 218

Year of Publication: 2024

Description: 

Payung terjun merupakan satu daripada aktiviti rekreasi yang semakin mendapat tempat dihati pengemar aktiviti lasak. Namun, penerjun boleh mengalami kecederaan yang serius apabila mengaplikasikan teknik yang salah. Sebanyak 80 peratus kecederaan berlaku semasa fasa pendaratan. Teknik pendaratan payung terjun sangat penting diketahui oleh penerjun bagi mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan terjunan. Penerokaan ini bertujuan membangunkan sebuah model matematik seluruh tubuh bagi aktiviti pendaratan payung terjun untuk mengenal pasti teknik pendaratan yang terbaik serta dapat mengurangkan risiko kecederaan. Fasa yang dibincangkan dalam buku ini adalah persediaan mendarat, mendarat dan berguling. Buku ini turut membandingkan data kinematik dan kinetik antara penerjun profesional dan amatur. Melalui buku ini, informasi kinematik dan kinetik yang terhasil daripada penerjun profesional dapat dijadikan sebagai panduan kepada penerjun amatur untuk mempelajari teknik pendaratan yang betul. 

 

Skydiving is one of the recreational activities that has increasingly captured the hearts of adventure enthusiasts. However, skydivers can suffer serious injuries when applying incorrect techniques. Approximately 80 per cent of injuries occur during the landing phase. Understanding proper skydiving landing techniques is crucial for skydivers to reduce the risk of injury during jumps. This exploration aims to develop a full-body mathematical model for skydiving landing activities to identify the best landing techniques and minimise injury risks. The phases discussed in this book include landing preparation, landing, and rolling. The book also compares kinematic and kinetic data between professional and amateur skydivers. Amateur skydivers can learn correct landing techniques from the kinematic and kinetic information derived from professional skydivers through this book.

Prelims

BISAC Subject Code(s): SPO064000

Category: Safety & health