Akhlak Kanak-Kanak Pra Sekolah: Peranan Ibu Bapa dan Guru
AKHLAK KANAK-KANAK PRA SEKOLAH: PERANAN IBU BAPA DAN GURU
ISBN 978-629-486-188-6
MYR27.00
Book Details
Author/Editor: Nurul Khairani Ismail, Suziyani Mohamed & Mohd Isa Hamzah
Pages: 139
Year of Publication: 2024
Description:
Akhlak merupakan suatu elemen yang sangat penting dan besar pengaruhnya dalam mencerminkan sesebuah masyarakat. Dalam memahami proses pembentukan akhlak kanak-kanak, isu pokok yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan pengaruh persekitaran dalam perkembangan mereka. Ini bertepatan dengan apa yang telah diperihalkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu kepercayaan kepada Allah yang Esa, akan tetapi faktor persekitaran yang bertanggungjawab mengekalkan fitrah bertuhan itu. Dinamisme kepelbagaian faktor yang melatari perkembangan akhlak kanak-kanak sama ada secaara gentik mahupun gaya asuhannya menjadikan perkembangan kanak-kanak turut berbeza. Justeru, buku ini memperihalkan tentang bagaimana faktor penglibatan ibu bapa dan keterikatan murid dengan sekolah terutamanya hubungan perasaan dengan iklim psikososial yang ada di dalamnya sekolah serta hubungan di antara keduanya mampu memangkin kejayaan usaha ini. Setiap elemen di dalam buku ini juga dikupas dari sisi pandang barat dan juga pandangan daripada sarjana muslim oleh kerana terma akhlak ialah terma yang terbina di atas suluhan agama Islam.Turut dibincangkan ialah sumbangan dan implikasi penulisan kepada perkembangan akhlak kanak-kanak prasekolah. Buku ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan kepada guru dan ibu bapa serta pihak berkepentingan lain.
Morality is a crucial element with a profound influence in reflecting a society. In understanding the process of moral development in children, the key issue that requires attention is the influence of the environment on their growth. This aligns with what was described by Prophet Muhammad (PBUH), who stated that every child is born in a state of fitrah, which is an innate belief in the One God, yet it is the surrounding environment that plays a role in maintaining this natural disposition towards faith. The dynamic interplay of various factors shaping children’s moral development, whether genetic or through parenting styles, leads to differences in their growth. Therefore, this book explores how parental involvement and students’ attachment to school, particularly their emotional connection to the school’s psychosocial climate and the interaction between these two aspects, can drive the success of this effort. Each element in this book is examined from both Western perspectives and the views of Muslim scholars because the term morality is a concept built upon the foundation of Islamic teachings. Also discussed are the contributions and implications of this writing on the moral development of preschool children. This book is highly suitable as a reference for teachers, parents and other relevant stakeholders.
BISAC Subject Code(s): FAM020000
Category: Education





