Akses Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam: Konsep & Undang-Undang

AKSES ORANG KURANG UPAYA KE BANGUNAN AWAM: KONSEP & UNDANG-UNDANG

ISBN 978-629-486-150-3

MYR35.00

 

Book Details 

Author/Editor: Nur Azlina Mohamad Zahari, Ramalinggam Rajamanickam & Rohaida Nordin

Pages: 193

Year of Publication: 2024

Description: 

Orang kurang upaya merupakan golongan yang mempunyai keupayaan yang terbatas dan memerlukan sokongan serta perhatian masyarakat dalam memajukan diri mereka. Orang kurang upaya berhak untuk hidup dengan lebih selesa sebagaimana prinsip kesamarataan yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kemudahan dan akses golongan orang kurang upaya kepada keperluan asas, bangunan, pengangkutan, pendidikan, maklumat dan keperluan-keperluan lain adalah perkara yang penting dan perlu dititikberatkan. Buku ini membincangkan tentang orang kurang upaya dan hak akses ke bangunan awam, takrifan, konsep dan model tentang ketidakupayaan dan kebolehaksesan ke bangunan awam, ketidakupayaan dan kebolehaksesan ke bangunan awam menurut kerangka undang-undang antarabangsa dan Malaysia serta komitmen dan cabaran Malaysia dalam menjamin hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam. Hak akses orang kurang upaya merupakan suatu hak yang sangat penting dan perlu dijamin di bawah undang-undang Malaysia. Jaminan dan perlindungan hak-hak orang kurang upaya di bawah undang-undang Malaysia perlu dipertingkatkan sejajar dengan kerangka undang-undang antarabangsa.

 

Persons with disabilities are individuals with limited capabilities who require support and attention from society to advance themselves. They have the right to a dignified life and equal opportunities, as guaranteed by the principle of equality in the Federal Constitution. Access to basic needs, buildings, transportation, education, information, and other necessities for persons with disabilities must be emphasised. This book discusses persons with disabilities and their right to access public buildings, definitions, concepts, and models of disability and accessibility to public buildings, disability and accessibility to public buildings under international and Malaysian legal frameworks, as well as Malaysia’s commitments and challenges in ensuring the right of persons with disabilities to access public buildings. The right of access for persons with disabilities is a fundamental right that must be guaranteed under Malaysian law. The assurance and protection of the rights of persons with disabilities under Malaysian law should be enhanced in line with international legal frameworks.

Prelims

BISAC Subject Code(s): SOC029000

Category: Law

Category: Brand: ,