Aplikasi Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan

APLIKASI KEJURUTERAAN PENJAGAAN KESIHATAN

ISBN 978-629-486-372-9

MYR30.00

 

Book Details 

Author/Editor: Kalaivani Chellapan

Pages: 165

Year of Publication: 2024

Description: 

Aplikasi Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan membawa pembaca menyelami inovasi teknologi terkini yang berpotensi merevolusikan aplikasi perubatan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Buku ini merangkumi pelbagai topik amalan perubatan penting, termasuk penggunaan isyarat EEG untuk pengesanan cas epileptik bagi diagnosis epilepsi yang lebih tepat, pembangunan rangka kerja pengurusan aktiviti fizikal dan memori bagi mempromosikan gaya hidup aktif, serta penerapan teknologi fotopletismografi dalam menilai risiko kardiovaskular secara awal. Selain itu, buku ini juga membincangkan model pemulihan kendiri yang direka khas untuk membantu pesakit strok mengembalikan fungsi cengkaman jari dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Sistem pengukuran ketahanan otot trunk mudah alih turut diperkenalkan untuk menilai dan memperbaiki kesihatan fizikal, terutama dalam kalangan warga emas. Dengan pendekatan praktikal dan berfokus pada impak sebenar, buku ini membuka peluang kepada pembaca untuk memahami bagaimana kejuruteraan dan teknologi semasa dapat memainkan peranan penting dalam memperbaiki penjagaan kesihatan dan mempromosikan kesejahteraan yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

 

This book takes readers into the latest technological innovations that have the potential to revolutionise medical applications and enhance societal well-being. This book covers various topics on important medical practices, including the use of EEG signals for epileptic charge detection for a more accurate epilepsy diagnosis, the development of a physical activity and memory management framework to promote an active lifestyle, and the application of photoplethysmography technology for early cardiovascular risk assessment. In addition, this book also discusses a self-rehabilitation model specifically designed to help stroke patients regain finger grip function and improve their quality of life. A portable trunk muscle endurance measurement system is also introduced to assess and enhance physical health, especially among the elderly. With a practical approach and a focus on real impact, this book provides readers with an opportunity to understand how engineering and current technology can play an important role in improving healthcare and promoting better well-being in daily life.

Prelims

BISAC Subject Code(s): MED122000

Category: Technology