Bijirin Penuh: Intervensi Menangani Obesiti Kanak-Kanak
BIJIRIN PENUH: INTERVENSI MENANGANI OBESITI KANAK-KANAK
MYR35.00
ISBN 978-629-486-149-7
Book Details
Author/Editor: Koo Hui Chin, Ruzita Abd. Talib & Poh Bee Koon
Pages: 155
Year of Publication: 2024
Description:
Bijirin penuh ialah keseluruhan biji benih yang boleh dimakan dan terdiri daripada tiga komponen yang berlainan iaitu endosperma, bran dan germa. Pengambilan bijirin penuh mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap pengambilan makanan yang sihat dan pengurusan berat badan dalam kalangan kanak-kanak. Prevalens obesiti kanak-kanak semakin meningkat dan sudah mencapai satu tahap epidemik global. Tingkah laku kanak-kanak yang merangkumi amalan pemakanan tidak sihat, cara hidup yang sedentari dan tahap aktiviti fizikal yang rendah merupakan faktor penyumbang kepada obesiti kanak-kanak. Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tabiat pengambilan makanan kanak-kanak dan menyumbang kepada obesiti, khasnya pengaruh ibu bapa. Ekoran daripada prevalens yang semakin meningkat dan kesan negatif akibat dari masalah obesiti kanak-kanak, pelbagai intervensi untuk mencegah dan menangani masalah obesiti kanak-kanak telah dibentuk dan dilaksanakan. Buku ini menjelaskan intervensi GReat-Child iaitu intervensi bijirin penuh untuk menangani masalah obesiti kanak-kanak yang julung kali dijalankan di Malaysia bahkan di Asia Tenggara. Buku ini juga memberi gambaran keberkesanan program intervensi yang memberi fokus kepada faedah pengambilan bijirin penuh di sekolah dan peranan ibu bapa untuk memastikan kebolehdapatan makanan tersebut dalam membantu mengawal berat badan.
Whole grains are the entire edible seed of a plant, consisting of three distinct components: the endosperm, bran, and germ. The consumption of whole grains has a significant positive relationship with healthy eating habits and weight management among children. The prevalence of childhood obesity is on the rise and has reached a global epidemic level. Children’s behaviours, including unhealthy eating habits, sedentary lifestyles, and low levels of physical activity, are contributing factors to childhood obesity. Among the key environmental influences, parental impact plays a crucial role in shaping children’s dietary behaviours and, consequently, their risk of obesity. Due to the increasing prevalence and negative influence of childhood obesity, various interventions have been developed and implemented to prevent and address this issue. This book explains the GReat-Child intervention, a whole-grain intervention aimed at tackling childhood obesity, which is the first of its kind conducted in Malaysia and Southeast Asia. The book also provides insights into the effectiveness of the intervention program, which focuses on the benefits of whole grain consumption in schools and the role of parents in ensuring the availability of such foods to help control weight.
BISAC Subject Code(s): HEA019000
Category: Health





