Covid-19: Cabaran Pendidikan Pergigian

COVID-19: CABARAN PENDIDIKAN PERGIGIAN

ISBN 978-629-486-349-1

MYR26.00

 

Book Details

Author/Editor: Tuti Ningseh Mohd Dom & Haslina Rani

Pages: 150

Year of Publication: 2024

Description:

Pandemik COVID-19 telah membawa cabaran yang tidak terduga kepada setiap aspek kehidupan manusia termasuklah sektor pengajian tinggi seperti pendidikan pergigian. Buku ini menghuraikan kesan pandemik COVID-19 ke atas proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pelajar pergigian di Malaysia, berserta dengan cabaran dan peluang yang timbul akibatnya. Penggunaan pelantar e-pembelajaran dan teknologi digital telah diperkasakan untuk melangsungkan norma baharu aktiviti PdP. Melalui buku ini pembaca akan didedahkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh pelajar perubatan semasa COVID-19 seperti akses terhad kepada latihan klinikal dan kurangnya interaksi sosial. Selain itu, pesakit juga turut terkesan apabila sesi rawatan pergigian terpaksa ditangguh akibat COVID-19. Buku ini berbeza daripada beberapa buku yang berada di pasaran kerana mengetengahkan isu cabaran pendidikan pergigian semasa pandemik yang sedikit sebanyak mempengaruhi perkhidmatan pergigian yang disampaikan di klinik-klinik universiti. Semoga buku ini menjadi pemangkin untuk penciptaan inovasi dan pertumbuhan teknologi dalam bidang pergigian yang akan menyebarkan manfaat kepada segenap masyarakat.

 

The COVID-19 pandemic has brought unforeseen challenges to various aspects of human life, including higher education, such as dental education. This book explores the impact of the COVID-19 pandemic on the teaching and learning process for dental students in Malaysia, along with the challenges and opportunities that emerged as a result. The adoption of e-learning platforms and digital technology has been strengthened to sustain the new norm of PdP activities. Through this book, readers will gain insight into the challenges faced by medical students during the pandemic, such as limited access to clinical training and reduced social interaction. Additionally, patients were also affected as dental treatment sessions had to be postponed due to COVID-19. Unlike other books on the market, this one highlights the challenges of dental education during the pandemic, which, to some extent, influenced the dental services provided in university clinics. It is hoped that this book will serve as a catalyst for innovation and technological advancements in the field of dentistry, ultimately benefiting society as a whole.

BISAC Subject Code(s): EDU029100, EDU061000

Prelims

Category: Healthcare