Etika dan Pembangunan Masyarakat

ETIKA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

ISBN 978-629-486-152-7

MYR50.00

 

 

Book Details

Author/Editor: Suraiya Ishak & Ahmad Raflis Che Omar

Pages: 290

Year of Publication: 2024

 

Description:

 

Development is the process of transforming society and the nation from a less favorable situation to a better and more advanced one. Various theoretical ideas have been constructed based on past experiences and serve as frameworks for guiding efforts to realize current and future development. However, in reality, the development process is challenging. In addition, ethical conflicts arising from the delegation of authority in agency relationships have further complicated the governance of current development, whether in the public or private sector. Issues such as corruption, bribery, discrimination, and clientelism linger in the environment and impact development goals.The ethical question is not limited to the actions of development agents. The recipients of development outputs or target groups also face ethical dilemmas that can hinder the achievement of development program goals. This book also delves into ethical issues in organizational operations, such as conflicts of interest, deception, theft of organizational property, favoritism, and the formation of an ethical culture within organizations. In line with the critical role of business entities and activities in supporting national development, this book completes its discussion by integrating ethical issues in business, which are increasingly challenging today. Therefore, this book provides an early exposure to understanding ethical issues, governance, and development through discussions from both normative and practical perspectives, as well as a more comprehensive context of these issues. This book is suitable for academics, university and college students, and anyone interested in gaining basic knowledge of ethics in the context of societal development thinking.

 

Pembangunan merupakan proses transformasi masyarakat dan negara daripada situasi kurang baik kepada yang lebih baik dan maju. Pelbagai pemikiran teori telah dibina berasaskan pengalaman lalu dan menjadi kerangka panduan kepada usaha merealisasi Pembangunan semasa dan akan datang. Namun, realitinya proses pembangunan merupakan sesuatu yang mencabar. Di samping itu konflik etika yang timbul daripada delegasi autoriti dalam hubungan agensi telah meningkatkan lagi cabaran dalam urus tadbir pembangunan masakini samada di sektor awam mahupun swasta. Isu seperti rasuah, hadiah, diskriminasi dan clientalism berlegar dalam persekitaran dan memberi kesan kepada matlamat pembangunan. Persoalan etika tidak hanya terbatas kepada tindak tanduk agen penyampai pembangunan. Penerima output pembangunan atau kumpulan sasaran turut berdepan dilema etika yang boleh mengganggu pencapaian matlamat sesuatu program pembangunan. Buku ini turut mengupas isu etika dalam operasi organisasi seperti konflik kepentingan, tipuan, kecurian harta organisasi, kecenderungan (favoritisme) dan pembentukan budaya etika dalam organisasi. Bertepatan dengan peranan penting entiti dan aktiviti perniagaan dalam menyokong pembangunan negara, buku ini melengkapkan perbincangannya dengan integrasi isu etika dalam perniagaan yang semakin mencabar pada masa kini. Justeru, buku ini mampu memberi pendedahan awal kepada memahami persoalan etika, urus tadbir dan Pembangunan melalui perbincangan daripada perspektif yang normatif dan aplikasi serta konteks isu yang lebih menyeluruh. Buku ini sesuai dimanfaatkan oleh ahli akademik, pelajar universiti dan kolej serta sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu asas etika dalam konteks pemikiran pembangunan masyarakat.

 

BISAC Subject Code(s): POL029000

Prelims

Category: Sociology