Hak Cipta: Harta Sepencarian Menurut Perundangan Syariah
HAK CIPTA: HARTA SEPENCARIAN MENURUT PERUNDANGAN SYARIAH
eISBN 978-629-486-313-2
MYR18.00
Book Details
Author/Editor: Muhammad Farahin Mazlan & Mohd Zamro Muda
Pages: 125
Year of Publication: 2024
Description:
Buku ini mengutarakan tuntutan hak cipta sebagai harta sepencarian dalam perspektif perundangan Syariah di Malaysia. Hak cipta jika ditinjau dalam Islam dikenali sebagai harta yang bersifat ma’nawi dan ia diiktiraf oleh syarak dan tertakluk kepada batarsan-batasan yang ditetapkan oleh syarak. Dari aspek sivil, ia dikenali sebagai harta tidak ketara. Walaupun ia bersifat tidak ketara kerana ia adalah hasil produksi akal fikiran dan idea pencipta atau penemu, ia boleh dikategorikan sebagai harta kerana ia memiliki nilai bahkan lebih besar nilainya berbanding harta bersifat fizikal. Disamping itu, ia juga merupakan harta tidak ketara yang boleh dimiliki dan dipindah hak milik melalui akad yang dibenarkan dalam Islam. Sesuai dengan konsepnya sebagai harta, oleh sebab itu hak cipta boleh dikategorikan sebagai harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian jika ia diperolehi dalam tempoh perkahwinan pihak suami dan isteri tertakluk kepada sumbangan langsung dan tidak langsung oleh pihak-pihak yang menuntut.
This book presents the claim of copyright as matrimonial property from the perspective of Shariah law in Malaysia. In Islam, copyright is considered ma’nawi property, which is recognized by Shariah and subject to its prescribed limitations. From a civil law perspective, it is classified as intangible property. Although it is intangible in nature, as it is the product of intellectual effort and creativity, it is still considered property due to its value, which can sometimes exceed that of physical assets. Moreover, it is an intangible asset that can be owned and transferred through contracts permitted in Islam. In line with its concept as property, copyright can therefore be classified as an asset that may be categorised as matrimonial property if acquired during the marriage by the husband and wife, subject to their direct and indirect contribution of the claiming parties.
BISAC Subject Code(s): LAW094000, LAW119000
Category: Law





