Jantung Tersumbat: Alternatif Pengesanan melalui Teknik Pembelajaran Mesin
JANTUNG TERSUMBAT: ALTERNATIF PENGESANAN MELALUI TEKNIK PEMBELAJARAN MESIN
ISBN 978-629-486-246-3
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Mohd Zubir Suboh, Rosmina Jaafar & Nazrul Anuar Nayan
Pages: 179
Year of Publication: 2024
Description:
Penyakit jantung tersumbat berpunca dari penyempitan arteri koronari adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Pembunuh ‘senyap’ ini hanya dikenal pasti setelah pesakit mempunyai gejala yang ketara. Beberapa siri ujian saringan yang kompleks diperlukan sebelum diagnosis yang tepat dapat dijalankan. Justeru, alternatif melalui teknik bukan invasif dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan amat diperlukan oleh pakar perubatan. Buku ini menerangkan secara terperinci mengenai penyakit jantung iskemik dan bagaimana pengelasan penyempitan arteri koronari dilakukan dengan menggunakan beberapa model pembelajaran mesin dari sistem kecerdasan buatan berdasarkan isyarat fisiologi yang dirakam pada permukaan kulit sahaja. Matlamat utama buku ini adalah memupuk kesedaran umum kepada pembaca tentang pengetahuan asas dan kepentingan menjaga kesihatan jantung selain menunjukkan potensi elektrokardiogram dan fotopletismogram yang boleh digunakan sebagai alternatif mudah, berkos rendah dan menjimatkan masa. Sistem lengkap dengan kebolehan pemantauan kendiri ini membolehkan pengesanan awal dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan kematian.
Coronary artery disease, caused by the narrowing of the coronary arteries, is the leading cause of death worldwide, including in Malaysia. This ‘silent killer’ is often only detected once patients exhibit significant symptoms. A series of complex screening tests are required before an accurate diagnosis can be made. Therefore, an alternative non-invasive technique assisted by artificial intelligence technology is highly needed by medical professionals. This book provides a detailed explanation of ischemic heart disease and how the classification of coronary artery narrowing is conducted using various machine learning models from artificial intelligence systems based solely on physiological signals recorded on the skin’s surface. The primary objective of this book is to raise public awareness by providing fundamental knowledge on heart health and emphasising the importance of maintaining a healthy heart. Additionally, it highlights the potential of electrocardiograms and photoplethysmograms as simple, cost-effective, and time-saving alternatives. A fully integrated system with self-monitoring capabilities enables early detection, ultimately reducing the risk of heart attacks and fatalities.
BISAC Subject Code(s): MED010000
Category: Health





