Kakisan dalam Persekitaran Masam
KAKISAN DALAM PERSEKITARAN MASAM
ISBN 978-629-486-119-0
MYR35.00
Book Details
Author/Editor: Mazlan Shah, Norinsan Kamil Othman & Najmiddin Yaakob
Pages: 252
Year of Publication: 2024
Description:
Buku ini ditulis dengan harapan dapat memberi penerangan secara lebih terperinci tentang kehadiran gas H2S yang bertoksik dan masam di lapangan minyak dan gas asli bukan sahaja meningkatkan kadar kakisan logam, malah boleh menyebabkan kebocoran, pencemaran serta meningkatkan kos penyelenggaraan. Namun begitu, kecenderungan gas masam yang sangat menghakis memerlukan penggunaan aloi tahan kakisan yang mahal, keluli tahan karat (CRA) digunakan untuk mengelakkan kakisan di samping mempunyai sifat mekanikal yang agak baik. Walau bagaimanapun, kos yang melibatkan bahan mentah ini jauh lebih tinggi (6 hingga 10 kali ganda) berbanding dengan kos untuk keluli karbon yang masih banyak digunakan sebagai bahan saluran paip di persekitaran masam. Dalam buku ini, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan tingkah laku kakisan terhadap keluli tahan karat austenitik 316L dan dupleks 2205 pada tekanan separa gas H2S yang berbeza dengan suhu kawalan pada 60 ˜ dan pH ≤ 3.5 dalam larutan-A NACE selama 7 hari. Kajian ini dijalankan di makmal industri DNV Singapura berpandukan kepada akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 (Akta 514). Tekanan separa pada 0, 3 dan 15 bar gas H2S telah dipilih berdasarkan piawaian antarabangsa ISO-15156-3. Buku ini menjelaskan bahawa keluli tahan karat dupleks 2205 menunjukkan rintangan kakisan yang lebih baik berbanding keluli tahan karat austenitik 316L di persekitaran masam untuk kegunaan dalam industri minyak dan gas asli dan cadangan mengenai mekanisme tindak balas gas H2S terhadap CRA bagi pemilihan keluli yang sesuai untuk aplikasi di persekitaran masam.
This book is written with the hope of providing a more detailed explanation of the presence of toxic and acidic H2S gas in oil and natural gas fields, which not only increases the rate of metal corrosion but can also lead to leaks, pollution, and higher maintenance costs. However, the highly corrosive nature of sour gas necessitates the use of expensive corrosion-resistant alloys (CRAs). Stainless steels (CRAs) prevent corrosion while maintaining relatively good mechanical properties. Nevertheless, the cost of these raw materials is significantly higher (6 to 10 times) compared to carbon steel, which is still widely used as pipeline material in acidic environments. This book presents a study that examines the corrosion behaviour of austenitic stainless steel 316L and duplex stainless steel 2205 under varying partial pressures of H₂S gas. The study was conducted under controlled conditions at 60°C and pH ≤ 3.5 in NACE Solution-A for 7 days at the DNV Singapore industrial laboratory, following the Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514). Partial pressures of 0, 3, and 15 bar H2S gas were selected based on the international standard ISO-15156-3. This book explains that duplex stainless steel 2205 exhibits better corrosion resistance compared to austenitic stainless steel 316L in acidic environments for use in the oil and natural gas industry and provides recommendations on the reaction mechanisms of H2S gas with CRAs for selecting suitable steels for applications in acidic environments.
BISAC Subject Code(s): TEC010010
Category: Safety & health





