Katarak Nuklear: Pengesanan Melalui Lensa Telefon Pintar
KATARAK NUKLEAR: PENGESANAN MELALUI LENSA TELEFON PINTAR
ISBN 978-629-486-370-5
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Laily Azyan Ramlan, Wan Mimi Diyana Wan Zaki & Haliza Abdul Mutalib
Pages: 147
Year of Publication: 2024
Description:
Mata ibarat tingkap yang mampu menyingkap keadaan di dalam sebuah rumah. Mata juga mencerminkan keupayaan badan untuk menyahtoksik dan memastikan tisu bersih daripada sesuatu yang boleh membina, seperti katarak. Katarak adalah kekabusan yang berlaku pada kanta mata dan berkait rapat dengan ketajaman penglihatan mata seseorang. Pelbagai jenis pengimejan mata, seperti imej lampu celah dan imej fundus telah digunakan untuk menyaring atau mengesan katarak. Namun, modaliti pengimejan tersebut bergantung pada peralatan perubatan yang mahal dan kaedah manual semasa pula adalah memakan masa dan subjektif berdasarkan pengalaman pakar mata. Buku ini membawa pembaca untuk mengenal dengan lebih dekat penyakit katarak dan kaedah untuk mengesan atau menyaring katarak menggunakan kamera telefon pintar. Pendekatan pembelajaran dalam dan pemprosesan imej digunakan bagi membangunkan model pengesanan katarak pada imej mata hadapan. Model ini boleh menjadi penyelesaian praktikal dan berguna kepada pakar mata terutamanya di kawasan luar bandar dengan kemudahan penjagaan kesihatan yang terhad. Selain itu, model ini juga berpotensi cerah untuk diterokai dengan lebih meluas bagi menghasilkan sistem penggredan katarak secara automatik.
The eye is like a window that can reveal a house’s condition. It also reflects the body’s ability to detoxify and ensure tissues remain clean from potential buildups, such as cataracts. Cataracts are a clouding of the eye’s lens and are closely related to the sharpness of a person’s vision. Various types of eye imaging, such as slit-lamp images and fundus images, have been used to screen or detect cataracts. However, these imaging modalities rely on expensive medical equipment, and current manual methods are time-consuming and subjective, depending on the expertise of ophthalmologists. This book introduces readers to cataracts and methods for detecting or screening cataracts using smartphone cameras. A deep learning and image processing approach is employed to develop a cataract detection model for frontal eye images. This approach offers a practical and accessible solution, especially for ophthalmologists working in rural areas with limited healthcare facilities. Additionally, this model has promising potential for further exploration to develop an automated cataract grading system.
BISAC Subject Code(s): MED085100
Category: Health





