Kedudukan Keperluan Anak dalam Pembahagian Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah

KEDUDUKAN KEPERLUAN ANAK DALAM PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MAHKAMAH SYARIAH

ISBN 978-629-486-213-5

MYR30.00

 

Book Details 

Author/Editor: Rosnani Hussain & Md. Yazid Ahmad

Pages: 140

Year of Publication: 2024

Description: 

Karya ini secara keseluruhannya membicarakan tentang kedudukan keperluan anak di bawah tanggungan dalam konteks pembahagian harta sepencarian di mahkamah syariah khususnya Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL). Perbincangan berdasarkan perspektif syarak dan undang-undang ini dibahaskan dalam lima bab yang terkandung dalam buku ini. Karya ini juga turut membincangkan tentang konsep anak di bawah tanggungan, kedudukan keperluan anak di bawah tanggungan menurut syarak, teori dan kedudukan harta sepencarian, pengaruh keperluan anak di bawah tanggungan ke atas kadar pembahagian harta sepencarian dalam penghakiman mahkamah syariah khususnya di MSWPKL dan pendekatan yang diguna pakai oleh mahkamah syariah dalam menentukan kadar harta sepencarian berdasarkan keperluan anak di bawah tanggungan. Menariknya, buku ini memberi pendedahan yang jelas dan terperinci kepada pembaca dan masyarakat berhubung elemen-elemen utama keperluan anak di bawah tanggungan dan kedudukannya dalam pembahagian harta sepencarian di mahkamah syariah di samping mendedahkan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak mahkamah syariah terhadap keperluan anak di bawah tanggungan dalam menentukan kadar pembahagian harta sepencarian. Akhir sekali, rumusan terhadap perbincangan isu-isu ini disediakan oleh penulis berasaskan syariah dan undang-undang dengan mengambil kira perkembangan semasa yang berlaku dalam negara.

 

This book discusses the position of dependent children’s needs in the context of dividing matrimonial assets in Shariah courts, particularly the Federal Territory Shariah Court of Kuala Lumpur (MSWPKL). The discussion, based on Shariah and legal perspectives, is divided into five chapters in this book. The work also explores the concept of dependent children, the position of their needs according to Shariah, the theory and position of matrimonial assets, the influence of dependent children’s needs on the division of matrimonial assets in Shariah court judgments, especially at MSWPKL, and the approaches used by Shariah courts in determining the division of matrimonial assets based on the needs of dependent children. Notably, this book provides clear and detailed insights to readers and the public regarding the main elements of dependent children’s needs and their position in the division of matrimonial assets in Shariah courts while also revealing the approaches adopted by Shariah courts in considering the needs of dependent children when determining the division of matrimonial assets. Finally, the author concludes these discussions based on Shariah and legal principles, considering current developments in the country.

Prelims

BISAC Subject Code(s): LAW038010, LAW038020

Category: Law

Category: Brand: ,