Kelapa Sawit: Kelestarian melalui Teknologi Penderia Pintar
KELAPA SAWIT: KELESTARIAN MELALUI TEKNOLOGI PENDERIA PINTAR
ISBN 978-629-486-240-1
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Fazida Hanim Hashim, Thinal Raj, Zuhaira Mohd Zulkifli & Siti Farhanah Rosli
Pages: 188
Year of Publication: 2024
Description:
Kelapa sawit merupakan salah satu komoditi terbesar Malaysia yang menyumbang sebanyak 40% dalam sektor pertanian negara dan 24% dalam pengeluaran minyak sawit global. Kelestarian industri sawit merupakan agenda penting negara untuk memastikan industri sawit tidak terjejas dengan faktor luaran seperti pemanasan global, serangan pandemik, kekurangan pekerja asing dan pengehadan penerokaan tanah baru. Malaysia di bawah Projek Penggerak Ekonomi (EPP-NKEA) ke-4 telah mensasarkan kadar pengekstrakan minyak (OER) kelapa sawit untuk mencapai 23% pada tahun 2020. Namun dengan kaedah penuaian buah sawit yang sedia ada, kadar OER hanya mampu mencapai sekitar 20%. Pengurangan tenaga buruh yang mencecah sehingga 30% daripada paras semasa akan menyebabkan pengeluaran minyak sawit mentah menurun sehingga hampir 50%. Hal ini bakal memberikan kesan yang amat kritikal berbanding dengan penurunan harga sawit global. Di samping itu, industri sawit juga bakal mencapai had perladangan yang dibenarkan iaitu sebanyak 6.5 juta hektar di mana pada tahun 2019, 5.9 juta hektar dimiliki oleh estet-estet besar. Dengan mengambil kira keadaan semasa, satu teknologi pintar perlu diusahakan bagi membantu meningkatkan produktiviti dan efisiensi pengeluaran minyak sawit mentah supaya dapat mengurangkan kebergantungan kepada penerokaan tanah baru, dan dalam masa yang sama sekurang-kurangnya dapat mengekalkan tahap pengeluaran minyak semasa. Buku ini mengetengahkan dua teknologi penderia pintar melalui penderia LiDAR dan spektroskopi Raman bagi meningkatkan produktiviti untuk menjamin kelestarian industri sawit negara.
Palm oil is one of Malaysia’s largest commodities, contributing 40% to the nation’s agricultural sector and 24% to global palm oil production. The sustainability of the palm oil industry is an important national agenda to ensure that the industry is not affected by external factors such as global warming, pandemic outbreaks, shortages of foreign workers, and restrictions on new land exploration. Malaysia, under the Fourth Economic Transformation Programme (EPP-NKEA), targeted the palm oil Oil Extraction Rate (OER) to reach 23% in 2020. However, with the existing palm fruit harvesting methods, the OER could only reach around 20%. The reduction of the labour force by up to 30% from the current level will cause crude palm oil production to decrease by almost 50%. This will have a highly critical impact compared to the decline in global palm oil prices. In addition, the palm oil industry is also expected to reach the permitted plantation limit of 6.5 million hectares, where in 2019, 5.9 million hectares were owned by large estates. Considering the current situation, a smart technology needs to be developed to help increase productivity and efficiency in crude palm oil production so that dependence on new land exploration can be reduced, while at the same time at least maintaining the current oil production level. This book highlights two smart sensor technologies through LiDAR sensors and Raman spectroscopy to increase productivity to ensure the sustainability of the national palm oil industry.
BISAC Subject Code(s): BUS070010
Category: Agribusiness



