Kesejahteraan dan Persaraan yang Terhormat

KESEJAHTERAAN DAN PERSARAAN YANG TERHORMAT

ISBN 978-629-486-287-6

MYR30.00

 

Book Details

Author/Editor: Norazila Mat, Rosmah Mat Isa & Rasidah Arshad

Pages: 142

Year of Publication: 2024

Description:

Persaraan yang terhormat adalah satu konsep yang bermaksud bersara dengan keadaan sejahtera dari segi mental, fizikal, ekonomi dan kewangan yang terjamin, hubungan sosial yang baik dan kehidupan yang berkualiti sepanjang tempoh persaraan. Persaraan yang terhormat ini tidak mudah dicapai sekiranya tiada perancangan awal. Pesara perlu cakna akan isu dan cabaran yang bakal dihadapi seandainya mereka mahu bersara dengan sejahtera dan terhormat. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah memahami aspek yang mempengaruhi persaraan dengan membuat perancangan sebelum bersara. Bagi menjamin kelestarian ekonomi dan kewangan, pesara perlu menguruskan kewangan dengan bijak seperti menabung, mengubah gaya hidup dan mengelak daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Pesara juga boleh menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan bagi menampung kehidupan semasa bersara. Seterusnya, pesara perlu memastikan kesihatan fizikal dan psikologi sentiasa berada dalam keadaan yang baik bagi mencapai kesejahteran. Kesejahteraan ini juga meliputi aspek kerohanian yang memerlukan santapan rohani seperti menjaga hubungan dengan Allah dan makhluknya. Walau bagaimanapun, semua aspek kesejahteraan ini tidak mungkin tercapai sekiranya pesara tidak menguruskan masa dengan teratur dan berkesan. Persaraan yang terhormat memerlukan inisiatif dan sokongan dari semua pihak termasuklah pesara, komuniti, organisasi dan kerajaan. Buku ini sangat sesuai dirujuk oleh semua pihak terutamanya bakal pesara, pesara, majikan dan kerajaan.

Honourable retirement is a concept that refers to retiring in a state of well-being with mental, physical, and financial security, stable economic conditions, strong social relationships and a good quality of life throughout the retirement period. Achieving an honourable retirement is not easy without early planning. Retirees must be aware of the issues and challenges they may face if they wish to retire in a dignified and comfortable manner. The key step is to understand the aspects that influence retirement by planning ahead. To ensure financial and economic sustainability, retirees must manage their finances wisely by saving, adjusting their lifestyle, and avoiding financial scams. They may also venture into entrepreneurship to support their livelihood during retirement. Furthermore, retirees must maintain good physical and psychological health to achieve overall well-being. This well-being also includes the spiritual aspect, which requires nourishment such as maintaining a strong relationship with Allah and His creations. However, all these aspects of well-being cannot be achieved if retirees do not manage their time in an organised and effective manner. Honourable retirement requires initiative and support from all parties, including retirees, the community, organisations and the government. This book is an excellent reference for all, especially future retirees, current retirees, employers, and policymakers.

 

BISAC Subject Code(s): BUS050040

Prelims

Category: Health

 

 

Category: Brand: ,