Konsep Rasm dan Dabt Al-Quran: Implikasi Terhadap Makna Ikhtilaf Qiraat

KONSEP RASM DAN DABT AL-QURAN: IMPLIKASI TERHADAP MAKNA IKHTILAF QIRAAT

ISBN 978-629-486-275-3

MYR39.00

 

 

Book Details

Author/Editor: Azah Nur Al Hidayah Zahari, Mohd Faizulamri Mohd Saad & Sabri Mohamad

Pages: 142

Year of Publication: 2024

Description:

Ilmu Qiraat mempunyai hubungan yang kuat dengan al-Quran. Mushaf al-Quran yang diletakkan baris dan titik menyebabkan ia tertumpu kepada riwayat berkaitan sahaja, manakala baki riwayat-riwayat lain tidak dapat dibaca. Setelah peletakan baris dan titik dengan Riwayat Hafs an ‘Asim, terdapat beberapa kalimah al-Quran yang mempunyai lebih daripada satu ikhtilaf qiraat tidak dapat dibaca melalui mushaf tersebut. Buku ini membincangkan konsep rasm dan dabt al-Quran, serta implikasi kepada ikhtilaf qiraat setelah mushaf ditanda baris dan titik mengikut riwayat Hafs an ‘Asim. Justeru, buku ini memberi pendedahan terhadap kepelbagaian makna perbezaan qiraat tidak terhad kepada riwayat Hafs sahaja. Keperluan memahami makna al-Quran memerlukan pengetahuan mendalam dalam bidang qiraat. Kepentingan ikhtilaf qiraat ini terserlah sebagai satu syarat utama sebelum seseorang mendalami makna al-Quran. Dengan memahami konsep ini, umat Islam dapat menghayati warisan bahasa al-Quran dan menghayati keindahan dan hikmah dalam bacaannya yang pelbagai. Kesemua perbezaan ikhtilaf qiraat ini seharusnya mengukuhkan kepercayaan umat Islam terhadap kelebihan dan kesempurnaan al-Quran sebagai kitab suci yang mengandungi makna yang mendalam tanpa sebarang kekeliruan, bahkan ikhtilaf qiraat memberikan cakupan yang lebih luas terhadap makna yang terkandung dalam al-Quran. Buku ini adalah suatu usaha menjelaskan perkara yang berkaitan dengan ilmu al-Quran dan qiraat secara ringkas dan mudah difahami. Semoga dengan penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi buku-buku rujukan berkaitan ilmu qiraat di Malaysia.

The knowledge of Qiraat has a strong connection with the Quran. The addition of diacritical marks and dots in the Mushaf led to a focus on related riwayat only, while the rest of other riwayat could no longer be read. After the application of diacritical marks and dots according to the Riwayat of Hafs ‘an ‘Asim, certain kalimah in the Quran that have more than one ikhtilaf Qiraat could not be read through that Mushaf. This book discusses the concepts of Rasm and Dabt of the Quran, as well as the implications of ikhtilaf Qiraat after the Mushaf was marked with diacritical symbols following the Riwayat of Hafs ‘an ‘Asim. Hence, this book provides exposure to the diversity of ikhtilaf Qiraat beyond just the Riwayat of Hafs. Understanding the meanings of the Quran requires in-depth knowledge in the field of Qiraat. The significance of ikhtilaf Qiraat is evident as a fundamental requirement before delving into the meanings of the Quran. By understanding this concept, Muslims can appreciate the linguistic heritage of the Quran and embrace the beauty and wisdom behind its diverse recitations. All these ikhtilaf Qiraat should serve to strengthen the faith of Muslims in the superiority and perfection of the Quran as a sacred book containing profound meanings without any confusion. In fact, ikhtilaf Qiraat provides a broader scope of meanings within the Quran. This book is an effort to explain matters related to Quranic knowledge and Qiraat in a concise and easily comprehensible manner. It is hoped that the publication of this book will further enrich the collection of reference books on Qiraat studies in Malaysia.

 

BISAC Subject Code(s): REL041000

Prelims

Category: Religion

Category: Brand: ,