Kosa Kata Kerja Berimbuhan Arab: Teori dan Instrumentasi
KOSA KATA KERJA BERIMBUHAN ARAB: TEORI DAN INSTRUMENTASI
ISBN 978-629-486-329-3
MYR34.00
Book Details
Author/Editor: Hasnurol Hashim, Kaseh Abu Bakar & Maheram Ahmad
Pages: 169
Year of Publication: 2024
Description:
Morfologi Arab lebih kompleks berbanding morfologi bahasa lain. Hal ini kerana sistem morfologinya adalah berasaskan kepada kata akar dan pelbagai lapisan proses derivasi. Semakin banyak perubahan struktur dalaman sesuatu perkataan, semakin sukar bagi pelajar untuk mengenal pasti struktur akar, yang melambatkan penguasaan kosa kata dan perkembangan kemahiran bahasa. Buku ini mengupas teori dan pembinaan instrumentasi mengenai bahasa fleksi seperti bahasa Arab menerusi bidang morfologinya. Melalui buku ini, penulis menghuraikan jenis-jenis kosa kata imbuhan Arab yang sukar dikuasai oleh pelajar serta mengemukakan hierarki kosa kata imbuhan mengikut tahap kesukarannya. Implikasi turut dijelaskan mengenai kepentingan penguasaan struktur dalaman kata imbuhan. Semoga buku ini memberi nafas baharu dalam bidang bahasa Arab seiring dengan peranannya sebagai salah satu bahasa utama di Malaysia.
Arabic morphology is more complex than that of other languages due to its root-based system and multiple layers of derivational processes. The more internal structural changes a word undergoes, the harder it becomes for learners to identify its root structure, slowing down vocabulary acquisition and language proficiency development. This book explores theories and the development of instrumentation in inflectional languages like Arabic through its morphological aspects. The author discusses the types of Arabic affixed vocabulary that learners find difficult to master and presents a hierarchy of affixed vocabulary based on their level of difficulty. The book also explains the implications of mastering internal word structures. It is hoped that this book can provide fresh perspectives in the field of Arabic language studies, in line with its role as one of Malaysia’s major languages.
BISAC Subject Code(s): FOR002000
Category: Language





