Lembangan Sungai di Kedah: Isu dan Tadbir Urus

LEMBANGAN SUNGAI DI KEDAH: ISU DAN TADBIR URUS

ISBN  978-629-486-324-8

MYR30.00

 

Book Details 

Author/Editor: Rasyikah Md Khalid, Lee Khai Ern & Nurlina Mohamad Ramzan

Pages: 160

Year of Publication: 2024

Description: 

Negeri Kedah merupakan salah satu negeri yang sangat kaya dengan sumber air dan dikenali dengan jolokan ‘Jelapang Padi Negara’. Walau bagaimanapun, sumber air negeri Kedah telah menghadapi beberapa cabaran. Oleh yang demikian, tadbir urus lembangan sungai yang bersepadu menjadi penting untuk memastikan sumber air di negeri Kedah terpelihara. Hal ini kerana, Malaysia bergantung kepada pengeluaran padi dari Kedah, sementara negeri berjiranan seperti Perlis dan Pulau Pinang bergantung kepada kelestarian sumber air Kedah yang mengalir ke negeri mereka. Perubahan iklim turut mencetuskan pelbagai isu seperti banjir kilat dan banjir lumpur yang telah menyebabkan kerugian nyawa dan harta benda. Dalam konteks ini, buku ini telah meneliti semula tadbir urus pengurusan sumber air di negeri Kedah dari perspektif lembangan sungai serta menjelaskan bidang kuasa pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang memberi impak kepada pemeliharaan sungai-sungai di negeri Kedah. Selain itu, penekanan peranan masyarakat dalam usaha memelihara dan memulihara sungai-sungai di negeri Kedah adalah penting yang mana buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak masyarakat kerana kita semua merupakan pengguna air dan memiliki tanggungjawab untuk menjaga lembangan sungai di negeri Kedah dan Malaysia secara keseluruhannya.

 

The state of Kedah is one of the richest in water resources and is known as the ‘National Rice Granary’. However, Kedah’s water resources have faced several challenges. Therefore, integrated river basin governance is crucial to ensure the preservation of the state’s water resources. This is because Malaysia relies on Kedah’s rice production, while neighbouring states such as Perlis and Penang depend on Kedah’s sustainable water resources that flow into their territories. Climate change has also triggered various issues such as flash floods and mud floods, resulting in loss of life and property damage. In this context, this book re-examines the governance of water resource management in Kedah from a river basin perspective and explains the jurisdiction of local authorities and government agencies that impact the conservation of Kedah’s rivers. Additionally, emphasis on the role of the community in preserving and restoring rivers in Kedah is crucial, making this book relevant to all members of society, as we are all water users with a shared responsibility to safeguard the river basins of Kedah and Malaysia as a whole.

Prelims

BISAC Subject Code(s): NAT029000 

Category: Sustainability