Manhaj Kritikan Ahmad Deedat terhadap Bible
MANHAJ KRITIKAN AHMAD DEEDAT TERHADAP BIBLE
ISBN 978-629-486-151-0
MYR30.00
Book Details
Author/Editor: Azizan Othman, Jaffary Awang & Mohd Haidhar Kamarzaman
Pages: 134
Year of Publication: 2024
Description:
Kesan gerakan mubaligh Kristian yang cuba menyebarkan agama Kristian dalam kalangan umat Islam di Afrika Selatan sangat mempengaruhi pandangan dan persepsi Ahmed Deedat terhadap agama Kristian. Beliau dibesarkan dalam minoriti penganut agama Islam yang menghadapi masalah Kristianisasi dan penghinaan terhadap agama Islam oleh para mubaligh Kristian. Hal ini secara tidak langsung mencorak manhaj dan pendekatan beliau untuk berdakwah secara lebih kritis bagi menghadapi ancaman tersebut. Ahmad Deedat, seorang tokoh perbandingan agama yang dikagumi, dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Tadkeswar, Gujarat, India. Kritikan Ahmed Deedat terhadap Kitab Bible Kristian bukanlah tindakan provokasi semata-mata. Tujuan utama Ahmed Deedat adalah untuk menyedarkan umat Islam dan penganut Kristian bahawa agama Kristian yang dianuti bukanlah dari jalan yang dibawa oleh Jesus (Nabi Isa). Buku ini menghuraikan manhaj-manhaj kritikan Ahmad Deedat terhadap Bible Kristian yang mengandungi tema-tema penting kritikan beliau terhadap ajaran yang terkandung dalam agama Kristian. Antara tema-tema penting yang ditekankan oleh Ahmad Deedat adalah, penyelewengan terhadap kitab Bible oleh penganut Kristian, hubungan antara Jesus dan Nabi Isa dalam agama Islam, penolakan terhadap konsep Triniti kerana mensyirikkan Allah SWT, pengasas agama Kristian adalah Paul dan bukannya Nabi Isa, dan bukti utusan Nabi Muhammad SAW di dalam Bible.
The impact of Christian missionary movements attempting to spread Christianity among Muslims in South Africa greatly influenced Ahmed Deedat’s views and perceptions of Christianity. He grew up in a Muslim minority community that faced challenges of Christianisation and insults against Islam by Christian missionaries. This experience played a crucial role in shaping his methodology and approach to da’wah (Islamic propagation), leading him to adopt a more critical stance in countering such influences. Ahmad Deedat, a revered figure in comparative religion, was born on July 1, 1918, in Tadkeshwar, Gujarat, India. His critiques of the Christian Bible were not mere provocations; his primary goal was to awaken both Muslims and Christians to the fact that the Christianity they practiced was not aligned with the teachings of Jesus (Prophet Isa). This book elaborates on Ahmad Deedat’s methodologies in critiquing the Christian Bible, highlighting key themes of his criticism against Christian doctrines. Among the significant themes emphasised by Ahmad Deedat are the distortions in the Bible by Christians, the relationship between Jesus and Prophet Isa in Islam, the rejection of the concept of the Trinity as it associates partners with Allah (SWT), the assertion that the founder of Christianity was Paul and not Prophet Isa, and evidence of Prophet Muhammad (SAW) being foretold in the Bible.
BISAC Subject Code(s): REL037010, REL006050
Category: Religion





