Pelaburan Unit Amanah Patuh Syariah di Malaysia
PELABURAN UNIT AMANAH PATUH SYARIAH DI MALAYSIA
ISBN 978-629-486-188-6
MYR35.00
Book Details
Author/Editor: Norhazimah Che Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna & Siti Ngayesah Ab. Hamid
Pages: 146
Year of Publication: 2024
Description:
Dalam zaman globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat ini, pelaburan patuh syariah semakin mendapat perhatian di kalangan pelabur di Malaysia. Buku ini bertujuan untuk merungkai faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pelabur untuk melabur dalam unit amanah patuh syariah di samping menerangkan latar belakang lanskap pelaburan unit amanah, jenis-jenis unit amanah serta prinsip-prinsip syariah yang terlibat. Pada masa yang sama, era digital telah membawa perubahan ketara dalam sektor kewangan, di mana teknologi kewangan memainkan peranan penting dalam memudahkan dan mengoptimumkan proses pelaburan. Buku ini juga akan meneliti sejauh mana kemahiran kendiri pelabur terhadap teknologi kewangan mempengaruhi tingkahlaku mereka. Selain itu, buku ini akan mengupas serta menganalisa sejauh mana aspek literasi kewangan Islam, keagamaan, sikap pelabur, sifat personal, dan norma subjektif mempengaruhi tingkah laku pelaburan dalam unit amanah patuh syariah. Dengan memahami semua aspek ini, diharapkan buku ini dapat memberikan panduan yang komprehensif dan bermanfaat kepada para penggubal dasar dan institusi kewangan yang menawarkan pelaburan Unit Amanah Patuh Syariah di Malaysia.
In this era of globalisation and rapid technological advancement, Shariah-compliant investments are gaining increasing attention among investors in Malaysia. This book aims to explore the factors influencing investors’ decisions to invest in Shariah-compliant unit trusts while also providing an overview of the unit trust investment landscape, the different types of unit trusts, and the Shariah principles involved. At the same time, the digital era has brought significant changes to the financial sector, with financial technology playing a crucial role in simplifying and optimising investment processes. This book will also examine the extent to which investors’ self-efficacy in financial technology influences their behaviour. In addition, it will analyse how Islamic financial literacy, religiosity, investor attitudes, personal traits, and subjective norms shape investment behaviour in Shariah-compliant unit trusts. By understanding these aspects, it is hoped that this book will serve as a comprehensive and valuable guide for policymakers and financial institutions offering Shariah-compliant unit trust investments in Malaysia.
BISAC Subject Code(s): BUS112000
Category: Islamic finance



