Pengajian Melayu Masa Kini

PENGAJIAN MELAYU MASA KINI 

eISBN 978-629-486-356-9

MYR21.00

 

Book Details 

Author/Editor: Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Mohd Muhaimi Abdul Rahman & Muhd Norizam Jamian

Pages: 136

Year of Publication: 2024

Description: 

Buku Pengajian Melayu Masa Kini menghimpunkan tulisan-tulisan yang mengetengahkan bidang Pengajian Melayu dalam konteks semasa. Aspek-aspek seperti bahasa, sastera, budaya dan seni dibincangkan dari sudut teori, falsafah, pemikiran, pemuliharaan, amalan dan pensejarahan. Buku ini diharapkan dapat menonjolkan kedinamikan sosiobudaya, ketinggian akal budi dan kerencaman kebudayaan masyarakat Melayu yang dikupas daripada perspektif Pengajian Melayu. Bab-bab dalam buku ini sebahagiannya merupakan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Kolokium Siswazah Bitara Melayu (KOSIMA 2023) pada 1 November 2023 di Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumbangan bab yang dihasilkan oleh para siswazah, penyelidik, dan sarjana ini membincangkan pelbagai aspek seperti teori linguistik, keindahan gurindam, nilai murni syair, dan isu konflik dalam sastera sejarah. Warisan budaya peribumi serta perkembangan seni perfileman Melayu turut diangkat, menjadikan buku ini panduan komprehensif untuk memahami cabang-cabang utama dalam Pengajian Melayu masa kini.

This book compiles writings that explore the field of Malay Studies in a modern scholarly framework. It examines various aspects, including language, literature, culture, and the arts, through theoretical, philosophical, intellectual, conservation, practical and historical perspectives. This book aims to highlight the sociocultural dynamism, intellectual depth and cultural diversity of the Malay community as studied through the lens of Malay Studies. Several chapters in this book are adapted from research papers presented at the Bitara Melayu Graduate Colloquium (KOSIMA 2023), held on 1 November 2023 at the Centre for the Study of Malay Language, Literature and Culture, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. Contributions from postgraduate students, researchers, and scholars explore a range of topics, including linguistic theory, the beauty of gurindam, the moral values embedded in syair and conflict issues in historical literature. The discussion also extends to indigenous cultural heritage and the evolution of Malay cinema, making this book a comprehensive reference for understanding the key dimensions of Malay Studies today.

BISAC Subject Code(s): FOR025000

Prelims

Category: Language