Pengental Berasaskan Tumbuhan: Aplikasi & Prestasi dalam Efluen Kopi
PENGENTAL BERASASKAN TUMBUHAN: APLIKASI & PRESTASI DALAM EFLUEN KOPI
ISBN 978-629-486-307-1
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Radhiatul Atiqah Ramli Shah, Siti Rozaimah Sheikh Abdullah & Nur ‘Izzati Ismail
Pages: 205
Year of Publication: 2024
Description:
Kopi merupakan minuman tradisi yang beraroma yang kian digemari oleh masyarakat moden kini selain teh. Kopi yang beraroma dan berkualiti terhasil daripada teknologi penapaian basah yang banyak menggunakan air. Proses ini kemudiannya menghasilkan air sisa yang berpotensi mencemar alam sekitar walaupun ianya mengandungi bahan organik yang tidak bertoksik. Pengentalan-penggumpalan merupakan satu kaedah rawatan efluen konvensional yang telah banyak diguna pakai oleh kebanyakan industri di seluruh dunia dengan menggunakan jenis pengental-penggumpal berasaskan bahan kimia bagi menyingkir pepejal terampai. Hal ini, akan memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia dalam jangka masa yang lama disebabkan penggunaan pengental kimia yang bertoksik. Buku ini bertujuan untuk menentukan tumbuhan tempatan yang berpotensi sebagai biopenggumpal dalam merawat efluen dari industri kopi. Oleh itu, hasil yang diperoleh dari penilaian keupayaan zeta dan taburan saiz pada efluen telah dirawat menunjukkan tumbuhan tempatan dapat berfungsi sebagai pengental efektif dalam penyingkiran pepejal terampai pada keadaan optimum serta menghasilkan efluen yang selamat.
Coffee is a traditional aromatic beverage that is increasingly favoured by modern society alongside tea. High-quality, aromatic coffee is produced through wet fermentation technology, which requires a significant amount of water. This process subsequently generates wastewater that has the potential to pollute the environment, despite containing non-toxic organic substances. Coagulation-flocculation is a conventional effluent treatment method widely used across various industries worldwide, employing chemical-based coagulants and flocculants to remove suspended solids. This, however, poses long-term environmental and human health risks due to the use of toxic chemical coagulants. This book aims to identify local plants with potential as bioflocculants for treating effluent from the coffee industry. The results obtained from the evaluation of zeta potential and particle size distribution in the treated effluent indicate that local plants can function as effective coagulants for the removal of suspended solids under optimal conditions while producing safe effluent.
BISAC Subject Code(s): TEC010020
Category: Environmental science





