Perancangan Kewangan Keluarga dalam Islam

PERANCANGAN KEWANGAN KELUARGA DALAM ISLAM

ISBN 978-629-486-323-1

MYR30.00

 

 

Book Details

Author/Editor: Mat Noor Mat Zain, Azlin Alisa Ahmad & Noorizzati Amani Abdul Manan

Pages: 140

Year of Publication: 2024

Description:

Pengurusan kewangan merupakan aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan setiap individu, keluarga mahupun masyarakat agar membantu mereka terhindar daripada dibebani masalah berkaitan kewangan. Pengurusan dan perancangan kewangan yang baik dan berhemat akan menjadikan kehidupan seseorang bertambah baik pada masa hadapan. Agama Islam telah menyediakan garis panduan dan prinsip-prinsip yang lengkap dalam kehidupan manusia termasuklah aspek perancangan dan pengurusan kewangan keluarga Islam secara komprehensif dan menyediakan instrumen kewangan yang bijak dalam mengatasi masalah kewangan dan kemiskinan. Dalam perancangan kewangan keluarga Islam memberikan keutamaan untuk memenuhi keperluan perkara daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat bagi mencapai maqasid shariah, iaitu memelihara harta benda dan kekayaan. Pengurusan kewangan keluarga dalam Islam dapat membantu mewujudkan keharmonian dan kebahagiaan dalam kehidupan keluarga sekaligus meningkatkan martabat ekonomi kewangan Islam. Diharap perbincangan ini dapat dijadikan rujukan kepada orang ramai untuk penambahbaikan dan memperluas seterusnya mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan Islam khususnya umat Islam di Malaysia.

Financial management is a crucial aspect that must be emphasised in the lives of individuals, family and societal levels to help prevent financial difficulties and burdens. Sound and prudent financial planning contribute to a better and more secure future. Islam has established comprehensive guidelines and principles for all aspects of life, including financial planning and family financial management, while also providing structured financial instruments to address financial challenges and poverty. In Islamic family financial planning, priority is given to fulfilling the essential needs of daruriyyat, followed by hajiyyat and tahsiniyyat, in accordance with maqasid shariah, which aims to safeguard wealth and financial stability. Effective financial management within a family fosters harmony and well-being while enhancing the economic position of Islamic finance. It is hoped that this discussion will serve as a useful reference for the public in improving financial literacy, broadening understanding and raising awareness of the importance of financial planning and management in Islam, particularly among Muslims in Malaysia.

 

BISAC Subject Code(s): BUS050030

Prelims

Category: Finance

 

Category: Brand: ,