Personaliti dalam Kehidupan: Kesejagatan, Keunikan dan Kedinamikan
PERSONALITI DALAM KEHIDUPAN: KESEJAGATAN, KEUNIKAN DAN KEDINAMIKAN
ISBN 978-629-486-120-6
MYR25.00
Book Details
Author/Editor: Khairul Anwar@Johari Mastor
Pages:130
Year of Publication: 2024
Description:
Memahami dan menyelidiki personaliti atau keperibadian manusia merupakan satu penerokaan yang mencabar disebabkan kekompleksan sifat keperibadian itu sendiri. Personaliti merupakan salah satu aspek perbezaan individu dalam kehidupan yang telah banyak dikaji. Terdapat tiga sifat fundamental sifat personaliti yang dikenalpasti: kesejagatan, keunikan dan kedinamikan. Kesejagatan merujuk kepada struktur, dimensi dan kandungan asas personaliti yang identikal dan dimiliki bersama oleh semua manusia. Keunikan pula merujuk kepada struktur asas, dimensi dan kandungan personaliti yang unik, khusus dan tersendiri yang wujud dalam diri individu atau masyarakat. Kedinamikan merujuk kepada tabii personaliti yang boleh berubah, ‘hidup’ dan mempunyai peranan kefungsian seperti saling berinteraksi, mempengaruhi atau dipengaruhi dan dinamik dalam kehidupan manusia. Dalam bidang psikologi personaliti, penyelidikan yang paling dasar ialah mengenal pasti struktur, dimensi dan kandungan sifat personaliti yang menjadi kerangka asas psikologi manusia. Dua pendekatan yang lazim digunakan dalam penyelidikan fundamental ini ialah pendekatan etik (import) dan emik (indigenous). Pendekatan etik menggunakan kerangka konsep keperibadian manusia yang diimport dan disandarkan daripada kajian-kajian di Barat yang telah melahirkan Model 5 Faktor yang dianggap sejagat. Namun, terkini, telah banyak penyelidikan personaliti silang budaya menggunakan pendekatan etik kerap menunjukkan wujudnya ketidaksesuaian Model 5 Faktor dalam konteks budaya masyarakat tempatan khususnya dalam masyarakat Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Justeru, pendekatan emik kini lebih banyak digunakan bagi meneroka dan memahami keunikan struktur dan dimensi serta kandungan personaliti masyarakat dalam konteks budaya tempatan. Salah satu pendekatan emik ini ialah kajian leksikal. Ia menggunakan pendekatan analisis faktor emik bagi meneroka dan menghasilkan jumlah dan kandungan faktor berbeza daripada lima faktor yang sejagat. Ia bersifat unik, dan khusus-budaya tetapi juga masih berkongsi faktor yang sejagat dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Kajian-kajian yang penulis pernah jalankan secara individu dan berkumpulan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dirujuk dan ditinjau kembali. Dengan penemuan pelbagai hasil kajian terkini, adalah benar dan terbukti bahawa personaliti manusia dilihat sebagai entiti yang dinamik, ‘hidup’, bukan kaku, boleh berubah malah boleh dibentuk dalam acuan yang dikehendaki. Peranan personaliti yang signifikan dalam banyak aspek kehidupan menunjukkan ciri kedinamikan personaliti melalui interaksi dengan persekitaran dalam membentuk pemikiran, sikap dan tingkah laku manusia. Penerokaan aspek kesejagatan, keunikan dan kedinamikan ini masih belum selesai dan perlu diteruskan. Dalam kerangka budaya, tradisi pemikiran dan falsafah keperibadian Islam, pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat-sifat asas keperibadian serta fungsi, mekanisme pembinaan dan perkembangan sahsiah diharapkan akan dapat membantu manusia menghayati keperibadian yang mulia yang diredhai Allah SWT.
Understanding and exploring human personality is a challenging endeavour due to its complexity. Personality, as a key aspect of individual differences, has been extensively studied, with three fundamental characteristics identified: universality, uniqueness and dynamism. Universality refers to the fundamental structure, dimensions and content of personality that are shared by all humans. Uniqueness pertains to distinct personality structures, dimensions and contents that exist within individuals or societies. Dynamism relates to the flexible and interactive nature of personality, which can change, influence and be influenced throughout human life. In personality psychology, fundamental research aims to identify the structure, dimensions and content that form the core framework of human psychology. Two common approaches in this research are the etic (imported) and emic (indigenous) approaches. The etic approach adopts personality frameworks developed from Western studies, leading to the Five Factor Model, which is regarded as universal. However, recent cross-cultural studies using this approach have often shown that the model is inadequate within local cultural contexts, particularly in East and Southeast Asian societies, including Malaysia. Consequently, the emic approach has become more prevalent in efforts to explore and understand the unique structures, dimensions and content of personality within local cultures. One such approach is lexical studies, which apply emic factor analysis to identify personality traits beyond the five universal factors. This approach is culturally distinctive and specific yet retains universal elements relevant to Malaysia’s multicultural society. The author’s research, conducted individually and in groups at national and international levels, is reviewed and referenced. Findings from recent studies confirm that personality is a dynamic and evolving entity, not rigid or fixed but capable of change and adaptation. Its significant role in various aspects of life demonstrates its dynamic nature through interactions with the environment in shaping human thoughts, attitudes and behaviour. The exploration of universality, uniqueness and dynamism remains ongoing and must continue. Within the framework of culture, traditions of thought and the philosophy of Islamic personality, a deeper understanding of fundamental personality traits, along with their functions, developmental mechanisms and character-building processes, is hoped to help individuals embody noble character in accordance with the will of Allah SWT.
BISAC Subject Code(s): SOC026040
Category: Psychology

