Pilihan Raya Negeri Ke-15: Terhad atau Sejagat

PILIHAN RAYA NEGERI KE-15: TERHAD ATAU SEJAGAT

ISBN 978-629-486-158-9

MYR45.00

 

Book Details 

Author/Editor: Junaidi Awang Besar, Zaini Othman &  Novel Lyndon

Pages: 225

Year of Publication: 2024

Description: 

Buku ini merupakan inisiatif para penyelidik Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK); dan Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha memperkasa bidang politik dan pilihan raya. Buku ini mengandungi 9 bab yang mempunyai keterangkuman keseluruhan wacana mengenai Proklamasi Melayu, ‘Gelombang Hijau’, Elit Melayu, Kedah dalam pilihan raya, identiti sosial, politik kewilayahan, Malaysia Madani dan pola pengundian. Tidak keterlaluan untuk dinyatakan kekuatan ilmiah buku ini sangat terkait dengan kekuatan intelektual para penyumbang yang merupakan pakar dalam disiplin ilmu masing-masing serta berpengalaman luas dalam bukan sahaja menghurai tetapi juga mengupas dan mensintesiskan aspek ontologi, epistemologi, metodologi dan aksiologi tema dan persoalan yang dibincangkan. Tujahan ilmu politik dan pilihan raya dalam buku ini sangat terfokus kepada aspek yang sangat dekat dengan perihalan kelangsungan masyarakat dan literasi politiknya.Justeru itu, tema-tema politik pilihan raya yang diwacanakan di dalam buku ini sangat signifikan bagi tujuan panduan dan garis tuju masa depan negara dalam mewujudkan masyarakat yang berliterasi tinggi dalam politik dan matang dalam pembuatan keputusan yang berkaitan politik pilihan raya di negara ini.

This book is an initiative by researchers from the Centre for Research in Development, Social and Environment (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK) and the Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia to strengthen the fields of politics and elections. It comprises nine chapters that collectively encompass discourses on the Malay Proclamation, the ‘Green Wave’, Malay Elites, Kedah in elections, social identity, regional politics, Malaysia Madani, and voting patterns. It is no exaggeration to state that the scholarly strength of this book is closely tied to the intellectual prowess of its contributors, who are experts in their respective disciplines and possess extensive experience not only in analysing but also in dissecting and synthesising the ontological, epistemological, methodological, and axiological aspects of the themes and issues discussed. The focus on political and electoral knowledge in this book is deeply aligned with aspects closely related to societal continuity and political literacy. Therefore, the electoral politics themes discussed in this book are highly significant as a guide and roadmap for the nation’s future in creating a highly literate society in politics and maturity in making decisions related to electoral politics in the country.

Prelims

BISAC Subject Code(s): POL008000

Category: Politics

Category: Brand: ,