Politik Wanita Melayu: Emansipasi dan Kemerdekaan

POLITIK WANITA MELAYU: EMANSIPASI DAN KEMERDEKAAN

ISBN 978-629-486-242-5

MYR40.00

 

Book Details 

Author/Editor: Muhammad Rahimi Hassan

Pages: 139

Year of Publication: 2024

Description: 

Politik wanita Melayu era pra merdeka ditafsir dan dikenang sebagai perjuangan politik kebangsaan. Ia berpunca daripada cetusan dan perkembangan pesatnya sekitar tahun 1945 hingga 1957 iaitu kemuncak kebangkitan semangat kebangsaan orang Melayu bersama etnik Cina dan India menuntut kemerdekaan tanah air. Sayap wanita parti politik Melayu iaitu Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Kaum Ibu UMNO memperkukuh lagi lensa pemahaman politik wanita Melayu berdasarkan nasionalisme. Namun, realiti masyarakat era pra merdeka yang konservatif mengekang penglibatan golongan wanita dalam politik. Apatah lagi, gerakan nasionalisme didominasi lelaki. Tidakkah wanita Melayu melakukan penentangan terhadap diskriminasi gender yang berlaku ke atas mereka? Adakah politik wanita hanya sekadar ikut-ikutan? Maka, buku ini memaparkan politik wanita Melayu sebagai kesinambungan perjuangan emansipasi wanita Melayu pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an menerusi agenda pendidikan anak-anak perempuan Melayu. Penerokaan pengalaman peribadi tokoh wanita Melayu memperlihatkan politik gender di Tanah Melayu bukan sahaja berlaku di ruang awam, malah bermula dalam kehidupan wanita dalam keluarga dan komuniti. Ia membentuk sikap, pemikiran dan tindakan yang diterjemahkan melalui kegiatan politik peringkat nasional yang menunjukkan politik wanita Melayu sebagai gabungan agenda emansipasi dan kemerdekaan.

 

The political involvement of Malay women in the pre-independence era has been interpreted and remembered as a nationalist struggle. This was sparked by rapid developments between 1945 and 1957, the peak of the nationalist awakening among the Malays alongside the Chinese and Indian ethnic communities in their fight for independence. The women’s wings of Malay political parties, namely Angkatan Wanita Sedar (AWAS) and Kaum Ibu UMNO, further reinforced the lens through which Malay women’s political engagement is understood, particularly in the context of nationalism. However, the conservative nature of pre-independence society restricted women’s participation in politics. Moreover, the nationalist movement was predominantly male-led. Did Malay women not resist the gender discrimination imposed upon them? Was their political involvement merely an act of following others? This book presents the political engagement of Malay women as a continuation of their struggle for emancipation in the 1920s and 1930s through the agenda of Malay girls’ education. The exploration of the personal experiences of prominent Malay women reveals that gender politics in Tanah Melayu was not only evident in the public sphere but also began within women’s lives in their families and communities. It shaped their attitudes, thoughts and actions, which were later translated into national-level political activities, demonstrating that Malay women’s political participation was a fusion of both emancipation and the fight for independence.

Prelims

BISAC Subject Code(s): POL052000

Category: Politics

Category: Brand: ,