Rawatan Terkini dan Hala Tuju Penyelidikan Berimpak Tinggi Penyakit Radang Usus di Malaysia

RAWATAN TERKINI DAN HALA TUJU PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI PENYAKIT RADANG USUS DI MALAYSIA

ISBN 978-629-486-141-1

MYR20.00

 

Book Details 

Author/Editor: Raja Affendi Raja Ali

Pages: 74

Year of Publication: 2024

Description: 

Penyakit radang usus atau inflammatory bowel disease (IBD) adalah penyakit radang kronik saluran gastrousus. Penyakit radang usus terdiri daripada penyakit Crohn (CD) dan kolitis ulseratif (UC). Penyakit radang usus masih merupakan penyakit yang di bawah par diagnosis di Malaysia, dengan purata kejadian 0.69 bagi setiap 100,000 penduduk. Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang berterusan dalam insiden penyakit radang usus di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu dan pola peningkatan ini amat ketara dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Hal ini disebabkan oleh kempen kesedaran tentang peri pentingnya ujian pengesanan awal. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali dan mendiagnosis penyakit lebih awal; keradangan gastrousus kronik dan ulser, jika tidak dikawal, boleh membawa kepada komplikasi lanjut yang akan menjejaskan kualiti hidup pesakit yang terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi. Buku yang bertajuk Rawatan Terkini dan Hala Tuju Penyelidikan Berimpak Tinggi Penyakit Radang Usus di Malaysia ini akan merungkai bagaimana penyakit ini selalunya sering ditemui di negara-negara barat tetapi semakin meningkat secara signifikan di negara-negara membangun dan maju di Asia khususnya di Malaysia. Dengan teknologi dan kepakaran yang Malaysia ada pada hari ini, adalah perlu ditekankan betapa pentingnya penilaian asas dibuat selepas didiagnosis untuk menentukan status penyakit seorang pesakit radang usus. Buku ini akan membentangkan sedikit sebanyak sejarah penyakit, simptom awal, komplikasi, rawatan konvensional dan moden yang terkini, dan membincangkan kajian-kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan radang usus di Malaysia serta kepimpinan dalam bidang perubatan untuk tatapan umum.

Inflammatory bowel disease (IBD) is a chronic, inflammatory condition of the gastrointestinal tract. IBD consists of two primary conditions: Crohn’s Disease (CD) and Ulcerative Colitis (UC). IBD continues to be underdiagnosed in Malaysia, with an incidence of 0.69 per 100,000 people on average. The incidence of IBD in Malaysia has steadily increased over the past few decades, with a particularly notable trend over the last decade. This increase can be attributed to campaigns emphasising the significance of early detection. Therefore, it is crucial to recognise and diagnose the disease early; chronic gastrointestinal inflammation and ulcers, if left untreated, can result in severe complications that negatively impact the quality of life of patients and also incur high direct and indirect healthcare costs. This book, titled Current Management and High Impact Research Directions for Inflammatory Bowel Disease in Malaysia reveals how this disease was once more prevalent in Western nations, but is now on the rise in developing and developed Asian nations, especially Malaysia. With the technology and expertise available in Malaysia today, it is impossible to overstate the significance of conducting baseline assessments after diagnosis to determine a patient’s IBD status. This book discusses the history of the disease, early symptoms, complications, both conventional and modern treatment approaches, research conducted on IBD in Malaysia, and academic medical leadership for a general audience.

BISAC Subject Code(s): MED022000 

Prelims

Category: Healthcare