Sambungan Konkrit Pratuang: Prestasi pada Suhu Tinggi

SAMBUNGAN KONKRIT PRATUANG: PRESTASI PADA SUHU TINGGI

ISBN 978-629-486-260-9

MYR35.00

 

Book Details 

Author/Editor: Noor Azim Mohd. Radzi, Roszilah Hamid & Azrul A. Mutalib

Pages: 194

Year of Publication: 2024

Description: 

Sambungan rasuk ke tiang merupakan komponen penting di dalam struktur kerangka konkrit pratuang. Semasa kebakaran, sambungan rasuk ke tiang konkrit pratuang lebih mudah mengalami pesongan dan keretakan pada nilai beban yang rendah. Atas faktor ini, keupayaan sambungan yang terdedah pada suhu tinggi amat penting untuk difahami. Buku ini memberi tumpuan terhadap kelakuan struktur dan terma sambungan rasuk ke tiang konkrit pratuang pada suhu kebakaran melebihi 1000 °C. Perbincangan diberikan terhadap keputusan ujian makmal dan simulasi unsur terhingga dari kajian terdahulu. Perbandingan dibuat terhadap prestasi empat jenis sambungan rasuk ke tiang yang utama, iaitu konkrit monolitik, sesangga konkrit, nib konkrit dan hibrid. Maklumat yang terkandung di dalam buku ini sangat sesuai dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan dan bimbingan terutamanya bagi pelajar, pendidik dan pihak yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja forensik, rehabilitasi dan konservasi bagi struktur bangunan yang terjejas akibat kebakaran di negara ini.

The connection of beams to columns is a crucial component in precast concrete frame structures, ensuring the stability and integrity of buildings. During a fire, these connections are more susceptible to distortion and cracking, even under relatively low load values, making it essential to understand their capacity when exposed to high temperatures. This book focuses on the structural and thermal behaviour of beam-to-column connections in precast concrete at fire temperatures exceeding 1000 °C. Discussions are presented on the findings of laboratory tests and finite element simulations from previous studies. Comparisons are made on the performance of the four main types of beam-to-column connections, namely monolithic concrete, concrete bracing, concrete nibs and hybrid. The information in this book is highly relevant and beneficial as a reference and guide, particularly for students, educators and those directly involved in forensic work, rehabilitation and the conservation of building structures affected by fire in the country.

Prelims

BISAC Subject Code(s): TEC005000, TEC065000

Category: Engineering