Sensor untuk Penentuan Kesegaran Makanan

SENSOR UNTUK PENENTUAN KESEGARAN MAKANAN

ISBN 978-629-486-284-5

MYR35.00

 

 

Book Details

Author/Editor: Noor Azizah Ahmad, Lee Yook Heng & Sharina Abu Hanifah

Pages: 198

Year of Publication: 2024

Description:

Produk makanan yang berkualiti, kesegaran terjamin dan selamat sampai kepada pengguna adalah tumpuan pihak industri makanan. Pembungkusan pintar makanan mampu meningkatkan aspek keselamatan produk makanan. Sistem pembungkusan pintar yang dilekatkan sebagai label atau dimasukkan ke dalam bungkusan atau dicetak pada bahan pembungkus berfungsi untuk memantau kualiti produk, menganggarkan tempoh simpan yang selamat dan memberi maklumat yang lebih terperinci sepanjang rantaian bekalan makanan berbanding penggunaan tarikh luput sebelum ini. Dalam buku ini, cara/kaedah membina sensor yang akan digunakan sebagai penunjuk kesegaran untuk pembungkusan pintar telah dibincang secara terperinci. Sensor penunjuk yang digunakan adalah berasaskan bahan yang selamat dan serasi dengan keselamatan makanan. Penggunaan ekstrak campuran sebagai pewarna semula jadi sensitif pH berupaya menjadikan sensor penunjuk yang dibangunkan dapat diaplikasi ke atas makanan segar berbungkus yang meliputi pengesanan metabolit kerosakan dalam kedua-dua keadaan asid dan alkali. Kandungan buku yang dibentangkan dijangka bermanfaat kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih tentang pembungkusan pintar makanan, peranannya dalam keselamatan makanan di samping pengetahuan mengenai cara pembinaan sensor yang sesuai sebagai penunjuk kesegaran makanan.

Quality food products, freshness guaranteed, and safely delivered to consumers are the focus of the food industry. Smart food packaging can enhance the safety aspects of food products. The smart packaging system, which is attached as a label, inserted into the packaging, or printed on the packaging material, functions to monitor product quality, estimate the safe shelf life, and provide more detailed information throughout the food supply chain compared to the use of expiration dates previously. In this book, the methods/ways of constructing sensors that will be used as freshness indicators for smart packaging are discussed in detail. The indicators used are based on materials that are safe and compatible with food safety. The use of a mixed extract as a natural pH-sensitive dye enables the developed indicator sensors to be applied to fresh packaged food, including the detection of degradation metabolites in both acidic and alkaline conditions. The content of the book presented is expected to be beneficial to readers who wish to learn more about smart food packaging, its role in food safety, as well as knowledge on how to construct suitable sensors as food freshness indicators.

 

BISAC Subject Code(s): TEC012020

Prelims

Category: Technology