Tahniah Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed & Prof. Madya Dr. Saiful Arif diatas penerimaan Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Professor Dr. Ahmad Fariz Mohamed dan Professor Madya Dr. Saiful Arif Abdullah diatas penerimaan Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun

Semua penerima anugerah diraikan dalam Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan di DECTAR pada 18 September 2025 (Khamis) yang lalu. Dua (2) felo akademik KASES telah menerima Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun iaitu Professor Dr. Ahmad Fariz Mohamed dan Professor Madya Dr. Saiful Arif Abdullah.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan universiti kepada warga yang setia berkhidmat dengan UKM. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima atas kesetiaan dan perkhidmatan terbaik selama berkhidmat di LESTARI dan UKM. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada LESTARI dan UKM yang dicintai.