Tahniah Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah dan Gs. Dr. Nuriah Abd Majid diatas penerbitan jurnal Q1 dan Q2
Warga KASES ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah – 2 jurnal Q1
Gs. Dr. Nuriah Abd Majid – 1 jurnal Q2
kerana berjaya menerbitkan jurnal Q1 dan Q2 dalam tahun ini. Semoga felo akademik KASES dapat terus menyumbang dalam penerbitan jurnal demi kecemerlangan KASES, LESTARI dan UKM. Berikut merupakan petikan ringkas berkaitan jurnal yang diterbitkan.
Artikel ini mengenai kepentingan ekologi kawasan hutan bakau Kuala Gula, Perak yang telah diiktiraf sebagai Important Bird and Biodiversity Areas (IBA) bagi laluan burung hijrah yang dikenali sebagai East-Asian Australian Flyway (EAAF), ancaman yang dihadapi oleh habitat yang kritikal ini serta usaha yang perlu dilakukan untuk pemuliharaannya. Usaha pemeliharaan dan pengurusan kawasan ini sebagai IBA dan sebahagian EAAF adalah penting untuk menyokong agenda kepelbagaian biologi negara dan global terutama dalam Kerangka Kepelbagaian Biologi Global Kunming-Montreal (Post-2020).
This article discusses the ecological significance of the Kuala Gula mangrove forest in Perak, which has been designated as an Important Bird and Biodiversity Area (IBA) along the East Asian-Australasian Flyway (EAAF), a major migratory route for birds. It highlights the threats faced by this critical habitat and the necessary conservation efforts required to ensure its sustainability. The preservation and management of this area as an IBA and part of the EAAF are essential in supporting both national and global biodiversity agendas, particularly within the framework of the Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (Post-2020).
Serangan serangga perosak merupakan salah satu ancaman utama terhadap pengeluaran tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran khususnya di negara-negara tropika. Salah satu serangga perosak ialah Bactrocera dorsalis iaitu sejenis spesies lalat buah. Namun spesies tersebut kini rentan terhadap beberapa racun perosak yang menyebabkan masalah kerosakan tanaman terus berlaku. Justeru, artikel ini mengenengahkan kaedah kawalan biologi melalui penggunaan Streptomyces fradiae strain JB-1 untuk menghapuskan perkembangan lalat buah di peringkat pupa. Keberkesanan kawalan biologi ini sebagai strategi mengawal perkembangan B. dorsalis berupaya mengatasi masalah pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran seterusnya ancaman terhadap keselamatan makanan di masa hadapan.
Insect pest infestations represent a significant threat to fruit and vegetable production, particularly in tropical regions. One notable pest species is Bactrocera dorsalis, a type of fruit fly that has emerged as a major concern due to its increasing resistance to various pesticides. This resistance has contributed to persistent crop damage, posing serious challenges to agricultural productivity. In response, this article explores the potential of a biological control strategy involving Streptomyces fradiae strain JB-1 to inhibit the development of B. dorsalis during its pupal stage. The application of this biological control agent demonstrates promising efficacy in suppressing fruit fly populations. As such, it presents a sustainable and environmentally friendly alternative to chemical pesticides, with the potential to enhance crop yields and contribute to long-term food security.
Artikel ini membincangkan fenomena tanah runtuh di Lembangan Sungai Langat serta kepentingan mengenal pasti faktor penyebab utama dalam penilaian kerentanan tanah runtuh. Kajian ini meneliti sepuluh faktor termasuk altitud, cerun, aspek, lengkung, TWI, litologi, siri tanah, jarak ke saliran, guna tanah dan hujan menggunakan pendekatan GIS. Hasil kajian menunjukkan hujan tahunan melebihi 2100 mm, cerun curam dan kedudukan berhampiran sungai merupakan faktor signifikan yang meningkatkan ketidakstabilan cerun. Penemuan ini penting bagi menyokong perancangan guna tanah, dasar pembangunan dan pengurusan bencana untuk mengurangkan risiko tanah runtuh.
This article discusses landslide phenomena in the Langat River Basin and the importance of identifying key conditioning factors in landslide susceptibility assessment. The study examined ten factors including elevation, slope, aspect, curvature, TWI, lithology, soil series, distance to drainage, land use, and rainfall using a GIS-based approach. Findings indicate that high annual rainfall exceeding 2100 mm, steep slopes, and proximity to rivers are significant contributors to slope instability. These insights are crucial to support land use planning, development policies, and disaster management in reducing landslide risk.