Tahniah Gs. Dr. Nuriah Abd Majid diatas kejayaan memenangi Tempat Pertama Rencana PKAUKM

Warga KASES dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Gs. Dr. Nuriah Abd Majid atas kejayaan cemerlang merangkul Tempat Pertama Rencana Persatuan Kakitangan Akademik (PKAUKM) pada 7 Oktober 2025.

Artikel beliau yang bertajuk “Peranan GIS dalam Memperkasa Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia” bukan sahaja menyerlahkan keunggulan intelektual, malah mencerminkan komitmen berterusan terhadap agenda kelestarian negara.

Semoga kejayaan gemilang ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian unggul serta inspirasi kepada seluruh warga akademia untuk terus berkarya dan menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar.