Anugerah Perkhidmatan 30 tahun dan 20 tahun

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Norazmi Abdul Kadir dan Encik Bisharuzi Omar diatas penerimaan Anugerah Perkhidmatan 30 tahun dan 20 tahun.

Semua penerima anugerah diraikan dalam Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan di DECTAR pada 23 Ogos 2023 (Rabu) yang lalu. Dua (2) ahli KASES telah menerima Anugerah Perkhidmatan iaitu Encik Norazmi Abdul Kadir diberi penghargaan dalam kategori Anugerah Perkhidmatan 30 tahun manakala Encik Bisharuzi Omar diberi penghargaan dalam kategori Anugerah Perkhidmatan 20 tahun.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan universiti kepada warga yang setia berkhidmat dengan UKM. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima atas kesetiaan dan perkhidmatan terbaik selama berkhidmat di LESTARI dan UKM. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada LESTARI dan UKM yang dicintai.