Bengkel Membina Slaid Pembentangan 2025

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Bengkel Membina Slaid Pembentangan secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pelajar siswazah telah menyertai bengkel ini dengan penuh semangat.

Bengkel ini telah disampaikan oleh 2 orang felo KASES iaitu Dr. Nor Diana Mohd Idris dan Gs. Dr. Nuriah Abd. Majid, yang berkongsi pelbagai tips dan teknik penyediaan slaid pembentangan yang berkesan. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar yang bakal membentangkan hasil dapatan awal kajian mereka dalam Kolokium Siswazah LESTARI yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 16 Oktober 2025. Melalui sesi ini, para peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan slaid yang menarik, tersusun dan mudah difahami, bagi memperkukuh penyampaian semasa sesi pembentangan kelak.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan panduan berguna kepada pelajar serta meningkatkan keyakinan mereka untuk menghadapi kolokium yang akan datang.

Laporan oleh
Ku Adriani