Bengkel Metodologi GIS

Bengkel Metodologi GIS telah dijalankan pada 16hb hingga 17hb Januari 2024 bertempat di Bilik Kuliah Utama LESTARI. Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Gs. Dr. Ruslan Rainis dan Gs. Dr. Nuriah Abd. Majid ini telah dihadiri oleh seramai 31 peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai dan juga pelajar UKM. Tujuan utama bengkel ini diadakan untuk memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai penggunaan dan penerapan GIS dalam pelbagai bidang penyelidikan. GIS, melibatkan gabungan teknologi maklumat dengan pemetaan ruang, membolehkan penyelidik menganalisis dan memahami data dengan dimensi lokasi. Ia juga membantu dalam memahami hubungan antara data dan lokasi geografi. Di dalam bengkel ini, penekanan diberikan kepada peranan penting GIS dalam analisis ruangan. Analisis ruangan melibatkan pemahaman mendalam tentang bagaimana entiti dan fenomena berkait antara satu sama lain dalam ruang geografi.

Sepanjang bengkel berlangsung peserta didedahkan dengan lima komponen iaitu

  1. Metodologi GIS menggunakan QGIS
  2. Pengenalan kepada QGIS
  3. Perletakkan peta (Hands On)
  4. Bagaimana memasukkan file excel CSV dan Shape file di dalam QGIS
  5. Analisis spatial dan persoalan– Geoprocessing and Buffers

Foto sepanjang bengkel berlangsung.

Laporan disediakan oleh
Dr. Rospidah Ghazali dan Ku Adriani Ku Ayob