Diskusi 2/2023 : Pensijilan Pengurusan Hutan: Pemuliharaan dan Perlindungan Kepelbagaian Biologi

Diskusi 2/2023 telah berjaya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Mohamad Ismail pada 24 Ogos 2023 bertajuk Pensijilan Pengurusan Hutan: Pemuliharaan dan Perlindungan Kepelbagaian Biologi. Diskusi ini diadakan di Bilik Kuliah Utama LESTARI bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengahari ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Saiful Arif Abdullah.

Antara perkara penting yang dikongsikan oleh Dato’ Shaharuddin ialah evolusi pengurusan hutan di Malaysia yang merangkumi aspek pembentukan dasar, governan dan perundangan dan program pengurusan hutan yang antaranya ialah persijilan. Malaysia yang merupakan salah sebuah daripada 17 buah negara mega biodiversiti telah menguruskan perhutanan untuk pemuliharaan dan kelestarian. Malahan Malaysia dikatakan merupakan antara negara yang terbaik dalam mengurus sumber perhutanan negara di mana kerajaan menyatakan komitmen untuk mengekalkan 50 peratus kawasan berhutan negara. Sektor perhutanan memainkan peranan penting sebagai sumber ekonomi negara, menjana peluang pekerjaan (aktiviti ekonomi huluan dan hiliran) dan daripada perspektif ekologi hutan perlu terus “hidup” sebagai ekosistem yang menjadi habitat kepada flora dan fauna. Pensijilan hutan sebagai satu proses sukarela yang direkabentuk untuk menilai, mendokumentasi dan mengiktiraf amalan pengurusan hutan lestari dan produk kayu yang dihasilkan daripada hutan yang telah disijilkan. Data terkini (2023) melaporkan seluas 5.81 juta hektar hutan dikategorikan sebagai hutan bersijil di Malaysia. Di akhir pembentangan, Dato’ Shaharuddin menekankan persijilan pengurusan hutan di Malaysia sebagai salah satu kaedah ke arah pencapaian matlamat pengurusan hutan secara lestari dan seterusnya dapat memelihara kepelbagaian biologi.

Seramai 45 orang peserta telah menghadiri diskusi ini yang merangkumi ahli akademik, wakil agensi kerajaan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar. Berikut merupakan senarai peserta yang hadir.

 

Bil.NamaJabatanJawatan
1Dr. Mohd Nor Zamri Bin Mat AminMTIBKetua Pengarah
2Almizi IbrahimMTIBTimbalan Pengarah Bahagian Perladangan Hutan
3Abdul Rafa TanMTIBTimbalan Pengarah Kanan
4Siti Farhana AdnanJPSMPemelihara Hutan
5Nurfarhana Binti AhmadJPSMPenolong Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Ii
6Siti Aisah Binti DahlanJPSMPemelihara Hutan
7Leonardo Kelly Bin MaluniJPSMPenolong Pegawai
8Mohd Shafik B Abd Latif @ IsmailJPSMPenolong Pegawai
9Nor Farha Liyana YasinMTCSenior Executive
10Prof. Madya Dr. Norizah KamarudinUPMPensyarah
11Dr. Zakaria HashimUITMPensyarah
12Dr. Azman Abdul RahmanUITMPensyarah
13Allen LianWWF MALAYSIAResponsible Forestry Manager
14Mugundan SubramaniamPEKATimbalan Setiausaha Agong
15Ng Sean FongMNSE-Media & Data Officer
16Prof. Madya Dr. Farah Shafawati Mohd TaibFST UKMPensyarah
17Prof. Dr. Mohamad Bin DeramanFST UKMPensyarah
18Prof. Madya Dr. Mashitoh Binti YaacobCITRA UKMPensyarah
19Prof. Madya Dr. Roslinda Binti RosliFAKULTI PENDIDIKAN UKMPensyarah
20Dr. Shamsul Bin KhamisFST UKMPensyarah
21Dr. Siti Najwa Najihah Bt ShaariUKMPelajar / Doktor Perubatan
22Dr. Nor Aliya Binti AyubUKMPelajar / Doktor Perubatan
23Dr. Nor Azila Muhd ArisUKMPelajar / Doktor Perubatan
24Dr. Dina Syazana Ho Binti Imran HoUKMPelajar / Doktor Perubatan
25Prof. Ts. Dr. Lee Khai ErnLESTARIPensyarah
26Prof. Dr. Ahmad Fariz MohamedLESTARIPensyarah
27Prof. Madya Dr. Saiful Arif Bin AbdullahLESTARIPensyarah
28Dr. Rospidah GhazaliLESTARIPensyarah
29Dr. Nor Diana Mohd IdrisLESTARIPensyarah
30Dr. Nuriah Abd MajidLESTARIPensyarah
31Dr. Deivaseeno DorairajLESTARIPensyarah
32Nazren LemanLESTARIPegawai
33Wan Daraputri Binti RazaliLESTARIPegawai
34Ku Adriani Binti Ku AyobLESTARIPegawai
35Bisharuzi OmarLESTARIPegawai
36Mohd Faizol Bin MarkomLESTARIPenolong Pegawai
37Norazmi Bin Abdul KadirLESTARIPenolong Pegawai
38Siti Zuhaili Binti HasanLESTARIPembantu Penyelidik
39Siti Zubaidah HasanLESTARIPembantu Penyelidik
40Nurul Hidayah Shamsul AriffinLESTARIPembantu Penyelidik
41Nur Insyierah Bt ManLESTARIPelajar
42Tuan Maria Bt Tuan Abd AzizLESTARIPelajar
43Nur Hairunnisa RafaaiLESTARIPelajar
44Farhah Izzati ZubirLESTARIPelajar
45Hairunnisa HussimUKMPelajar
46Farah Humaira Binti JamalludinUKMPelajar

 

Laporan disediakan oleh:

Dr. Rospidah Ghazali dan Cik Ku Adriani binti Ku Ayob