Kerja lapangan projek penyelidikan paya bakau di negeri Terengganu dan Kelantan

Kerja lapangan projek penyelidikan yang bertajuk Kajian Penilaian Outcome Aktiviti Penyelidikan Dan Penanaman Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara telah diadakan pada 11 -19 Mac 2023 yang lalu di 2 buah negeri iaitu Negeri Kelantan dan Terengganu .

Projek penyelidikan ini melibatkan 2 felo akademik dari KASES yang terlibat sebagai penyelidik bersama iaitu Gs. Dr. Nuriah Abd. Majid dan Dr. Nor Diana Mohd Idris dan projek penyelidikan ini diketuai oleh Dr. Ahmad Aldrie Amir.

Laporan oleh,
Gs. Dr. Nuriah Abd Majid