Kunjungan Konsorsium Pengajian Tinggi dan Cendikiawan Nusantara (KPTCN) KE LESTARI

Pada 5hb Julai 2023 jam 9.00 pagi, LESTARI telah menerima kunjungan daripada Konsorsium Pengajian Tinggi dan Cendikiawan Nusantara (KPTCN).  Kunjungan ini diketuai oleh Profesor Dr. Supari Muslim dan diiringi oleh hampir 30 orang pensyarah yang terdiri daripada Dekan dan Ketua Jabatan dari beberapa buah universiti di Indonesia.  Dua orang pensyarah iaitu Prof Madya Dr. Haryanti dan Dr. Anies dari Jabatan Kejuruteraan Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah mengiringi rombongan KPTCN ke LESTARI.  Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah diminta untuk menguruskan program lawatan ini.  Aturcara program dimulakan oleh ucapan alu-aluan daripada Dr. Rospidah Ghazali selaku Ketua Pusat KASES.  Acara diteruskan dengan sesi berkenalan antara warga LESTARI dan ahli rombongan KPTCN.  Program diteruskan dengan pembentangan Mengenai LESTARI oleh Ketua Pusat KASES.  Manakala Profesor Dr Supari Muslim menyampaikan hasrat kunjungan serta latar belakang KPTCN yang merangkumi struktur dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan.  Semasa sesi perbincangan kerjasama LESTARI-KPTCN, kedua-dua pihak secara dasar bersetuju untuk memulakan kerjasama dalam program pertukaran pelajar (Summer School) yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2023.  LESTARI akan bekerjasama dengan FKAB dan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) bagi menjayakan program ini.

Laporan disediakan oleh
Dr. Rospidah Ghazali