Kursus – Integrating GIS Applications for Enhanced Social Impact Assessment in Malaysia (GIS-SIA)

Pada 24 – 25 Jun 2025, telah berlangsung satu kursus yang bertajuk Integrating GIS Applications for Enhanced Social Impact Assessment in Malaysia (GIS-SIA) bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Alumni UKM. Tiga (3) objektif utama kursus ini adalah

  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penggunaan GIS dalam Penilaian Impak Sosial (SIA).
  2. Melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan GIS dalam penyediaan laporan SIA.
  3. Meningkatkan keupayaan peserta untuk mengaplikasikan GIS dalam SIA secara berkesan.

Seramai 15 peserta yang terdiri dari pelbagai profesion telah menghadiri kursus ini.   Antaranya ialah perunding projek dan perancang bandar dari firma swasta, kumpulan penyelidik dari TNB Research Sdn. Bhd., kumpulan eksekutif dari Land Custody and Development Authority, Sarawak dan kumpulan pegawai dari Jabatan Hutan Sarawak.

Barisan jurulatih yang terlibat di dalam kursus ini ialah Profesor Gs. Dr. Ruslan Rainis (Profesor Kehormat LESTARI), Tuan Haji Mohamad Tahir Ariffin (pakar GIS), TPr. Gs. Dr, Gobi Krishna A/L Sinniah  (Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Ahli Malaysian Association Social Impact Assessment (MSIA) dan Dr. Rospidah Ghazali (Felo Penyelidik LESTARI).  Sepanjang sesi latihan  berlangsung, para peserta dibantu oleh  Puan Rd. Puteri Khairani Khirotdin (Pengawai Penyelidik Kanan LESTARI) sebagai fasilitator.

Selama 2 hari kursus berlangsung, para jurulatih telah mendedahkan kepada peserta kepada beberapa modul dan aktiviti hands on bagi membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran peserta dalam menggunakan GIS. Pihak penganjur berharap peserta beroleh ilmu pengetahuan dan manfaat yang dapat dimanfaatkan dalam tugasan harian, khususnya dalam menjalankan penilaian impak sosial secara lebih berkesan dan berasaskan data. Semoga segala input yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan baik di lapangan dan memberi impak positif kepada organisasi serta komuniti yang terlibat.

Pihak penganjur juga merakamkan jutaan terima kasih kepada PLANMalaysia kerana mengiktiraf kursus ini dengan memberikan 2 mata CPD kepada peserta yang menyertai kursus ini.

Laporan disediakan oleh
Ku Adriani
Pegawai Penyelidik Kanan LESTARI