Perbincangan kerjasama projek penyelidikan di antara Osaka University  dan LESTARI UKM.

Satu sesi perbincangan di antara Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI UKM) dan Universiti Osaka yang diwakili oleh Dr. Sotaro Yukawa, telah diadakan pada 23 Mac 2023 (3pm) bertempat di LESTARI UKM. Tujuan perbincangan ini adalah untuk meninjau, memahami dan meneroka sejauh mana potensi peluang kerjasama boleh dijalankan di antara kedua-dua pihak. Cadangan projek penyelidikan yang akan dilakukan adalah berkaitan perbandingan kelestarian pengangkutan dan isu-isu bandar diantara negara Jepun dan Malaysia. Turut serta dalam perbincangan adalah Prof. Dr. Ruslan Rainis dan Gs. Dr. Nuriah Abd Majid.